Quantcast
Channel: Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 868

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all

14th Nov 2014 - Laman Seni 7 Shah Alam  | Street Art

This is a throwback and flashback. Mohon undur ke masa lepas ya. Dah lama pergi Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam ni, baru nak up entry kan. Tarikh 14th Nov 2014 merupakan a day before my graduation day. Hang out dengan bestfriend uni lepas tak jumpa hampir a year lepas last final year dekat USIM, Nilai. (A year that time untuk praktikal + cuti dan balik kampung masing-masing time tu). Well, yes. A year. Lot of story in the middle of night time stay sama-sama masa minggu graduation day tu. Sembang punya sembang tak sedar dah 2, 3 pagi. Korang pun mesti macam tu jugak kan. BFF lah katakan. So, let's continue to a day trip to Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam. Entry bergambar.

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art 
Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

​​LAMAN SENI 7

Lokasi
Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.

​Tarikan
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.

Boleh dikatan agak awesome jugak lah dia punya art. Teruja lah jugak kali petama tengok tu. Tapi tak boleh la nak challenge dengan Trick Art Museum dekat Korea tu kan. Hehe. Tapi Ok lah. Nice la jugak sini pun. ps/ gambar jadi kabur lak, bila dah kecikkan sampai 640x426 ni.

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

Tada, model of the day. Shad - Ecah - Ekin
Photographer, Kak Nina (tiada dalam gambar - alasannya sebab banyak kali dah datang).

Banyak jugak kan sebenarnya tempat-tempat menarik dekat Shah Alam ni. Walaupun dalam bandar, tarikannya pelbagai. Selain Laman Seni 7 ni, ada banyak lagi taman rekreasi di Shah Alam yang boleh kita lawati. Antaranya termasklah Dataran Bunga Raya, Taman Botani Negara Shah Alam, Taman Wetland, Taman Tema Air Wet World, i-City dan banyak lagi.

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

Bagi warga kota, bolehlah berkunjung ke Laman Seni 7 ni bila time cuti hujung minggu, bolehlah bawak anak-anak keluar jalan-jalan ke Street Art ni. Nak tau tak, Bella Ammara Shah Alam, memang dekat sangat dah dengan Street Art ni, seberang jalan je. Hehehe.

Laman Seni 7 Shah Alam | Street Art

​Alamat
Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA,
Lif A,​ Tingkat G, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 868

Trending Articles