Salam and Greetings to all. Alhamdulillah, selamat pun menjejak bumi Korea minggu lepas. Wishlist nak Travel ke Korea dah pun tercapai. Alhamdulillah. Untuk entry first ni shad cerita departure and arrival dulu ye. Ok lah, jom kita berlepas ke Korea sama.
Travel to Korea : Welcome to Korea : Departure and Arrival
Pepagi buta lagi membe dah kejut suh siap2 mandi bagai. Oohh, mengantuk ok. Kitorang bertolak dari Nilai jam 4pg ke LCCT. Sampai dekat LCCT jam 4.40pagi. Takut flight tinggal punya pasal kan. Tapi sebenarnya excited kot. Sementara tunggu waktu solat Subuh masuk(5.37pagi), kitorang lepak2 dulu dekat surau LCCT.
Dah siap-siap solat semua, terus pergi drop luggage and ambik boarding pass dekat kaunter. Ha, make sure luggage you all(luggage yang nak masuk kargo) tak lebih dari 20 Kilogram ya. Kalau lebih siap-siap la duit. Sekilo RM25 ringgit tak silap kalau AirAsia. Hand carry (beg yang nak bawak sekali naik-pegang kat tangan) lak, tak leh lebih dari 7 Kilogram. Agak lama jugak urusan nak drop luggage pun, sebab kitorang pergi satu grup ramai. All together 20 person.
Dah siap-siap solat semua, terus pergi drop luggage and ambik boarding pass dekat kaunter. Ha, make sure luggage you all(luggage yang nak masuk kargo) tak lebih dari 20 Kilogram ya. Kalau lebih siap-siap la duit. Sekilo RM25 ringgit tak silap kalau AirAsia. Hand carry (beg yang nak bawak sekali naik-pegang kat tangan) lak, tak leh lebih dari 7 Kilogram. Agak lama jugak urusan nak drop luggage pun, sebab kitorang pergi satu grup ramai. All together 20 person.
Dah setel semua beg-beg, terus pergi bahagian emegresen pulak. Agak terkejar-kejar la jugak, sebab macam dah lewat. Jam 7.20 pagi dah kena ada kat dalam balai menunggu. Depart jam 8 pagi awak. Then, here we go, waaaa banyaknya aeroplane. Teruja sekejap sebab shad tak penah naik kapal terbang. Hehe. First time. And akan naik lagi lepas ni InsyaAllah. Jam 8 pagi, dah siap-siap sedia dah kat seat. Shad dapat seat betul-betul tepi tingkap. Hoyeeyyhh. Best sangat. Oshem giler. Tunggu punya tunggu, jam 9 pagi baru depart sebab ada teknikal problem.
![]() |
Muka ngantuk. hoho |
Jam 9 Pagi, alhamdulillah, selamat dah naik membelah awan. Subhanallah, seriously sangat teruja. Cantik sangat-sangat pemandangan dari atas. Awan-awan yang berkepul-kepul membentuk corak-corak di dada langit. Opps, sastera overdose pulak. Huhu. Almost all the time, shad tido je, sebab agak pening-pening lalat sedikit, maklumla tak biasa kan, dah tu naik kelas ekonomi je, agakla sempit sedikit. Tapi tak pe, as long as boleh sampai ke Korea, no biggies la pasal ruang-ruang ni. Nak jimat kan. Kenalah tahan sikit kan.
*Nasi Lemak : RM15 - Sedap
*Minuman panas/sejuk pun ada. RM 5 for milo panas.*Snack : RM5.
*Mineral water RM4.
LCCT to Incheon Airport ambil masa selama enam jam. Shad tido + dengar mp3 je. Pening aih naik flight.
Alhamdulillah, selamat depart at Incheon(ICN) International Airport jam 3.20ptg macam tu.(Waktu kat Korea : 4.20ptg). Depart je, terus pergi bahagian emegresen. Seriously, sangatlah besar, sangat hebat and oshem Incheon(ICN) International Airpor ni ha. Ha, padanla sebab Incheon Airport ni airport terbesar di South Korea. Memanglah kena oshem kan. Sebelum sampai kat tempat emegresen tu, kena naik train dulu. Oshem. Dah setel emegresen dan beg-beg semua, kitorang terus bertolak ke Yellow Brick Hostel untuk penginapan. Perjalanan from Incheon(ICN) International Airpor ke Yellow Brick Hostel ambik masa dalam sejam jugak la.
Dalam perjalanan nak ke hostel tu, dapat disimpulkan kat sini,
- orang Korea memang punctual.
- orang Korea memang buat kerja pun rushing. Nak cepat je. Diorang memang betul-betul hargai masa. Respek!
- orang korea memang suka naik public transport.
- diorang suka berjalan kaki jugak, patutla org korea cun-cun kan, sihat sebab berjalan ye. Ke plastic surgery.. hoho, no offend ok.
- kebanyakan kereta2 kat jalan raya, semua mewah-mewah kot. Teksi pun kereta Sonata..
Done, arrive kat hostel dalam pukul 6ptg macam tu. Dah gelap kot pukul 6 ptg tu kat Korea. Yellow Brick Hostel, agak oshem jugak. Walaupun harga bajet dan murah, tapi puas hati kot. Kitorang ambik dormitory room. Muat lapan orang. Memang bajet betul ni. Kemudahan dalam bilik dia lengkap dengan katil, bantal, selimut tebal, towel, pengering rambut, peti sejuk, toilet, locker yang ada kunci and pemanas.
Kemudahan lain yang disediakan dekat Yellow Brick Hostel ni termasuklah ruangan dapur (bolehla nak masak apa yang patut), mendobi baju, ada PC kalau2 korang nak on9 ke, free wifi, nak buat international call pun boleh. Semuanya free. (Kena booking awal taw, tengok bilik available ke tak). Boleh leyari laman web Yellow Brick Hostel.
![]() |
Rooftop dekat Yellow Brick Hostel |
Harga untuk dormitory yang muat lapan orang tu dalam 72 Ribu won sahaja untuk 4 malam. Dalam 250 ringgit Malaysia sahaja. Sangat berbaloi kan. Dah la cantik. Kotorang stay dekat sana sebab hostel tu dekat dengan Jongno3-ga Subway Station (Line 5, Exit 6). Tiga minit berjalan kaki je. Kat sana kitorang naik Subway taw. Baru thrill. Subway ni lebih kurang KTM kat Malaysia. Next entry shad cerita lagi pasal Subway ni.
Dah siap check-in, solat, semua-semua, masa untuk makan malam. Lapar kot. Huhu. Dekat Korea ni, kedai makanan halal banyak dekat Itaewon. Memang kalau kita pergi Itaewon tu, akan selisih punyalah dengan Rakyat Malaysia, dan oramg Muslim. Untuk malam ni, kitorang delivery je. The only kedai halal untuk empat hari ni kitorang dekat Korea tu, Halal Food Restaurant Muree. Memang tiap-tiap hari makan kedai tu je. Dia punya menu ala-ala Arab sikit. And tak lupa jugak, menu makanan Korea. Hoyeyh..
Penah dah cerita, tunggu next entry pulak ye. Gyeongbokgung Palace tue.. (Sapa tengok Rooftop Prince mesti tau punyalah). Panjangkan entry ni. Terima kasih sudi baca.. Feel free to ask.