Quantcast
Channel: Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
Viewing all 868 articles
Browse latest View live

IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQSPECKI

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

Lalala.. Hati riang sambil join giveaway,
Giveaway best dari SyafiqSpecki.


Jangan malu Jangan segan,
Klik banner kat atas untuk join.

Tak kenal maka tak cinta,
Jom kita ice breaking ya.


BSS - BySyafiqSpecki
Selling Good Stuffs. Jersey, Gadget and Accessories, Casing and more.


Untuk Syafiq, Shad mendoakan yang terbaik in everything what you do. 
Semoga bright future menanti Shafiq dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aminnn.
Shad titipkan secebis madah  buat Syafiq. Renung-renungkan dan Selamat Beramal.

Man Jadda Wa Jada ~ Sesiapa Yang Berusaha Pasti Akan Berjaya. Sebenarnya untuk mencapai kejayaan bukannya susah. Kita kena ada ciri-ciri orang berjaya untuk kita jadikan contah. 
  1. Semakin Dicabar, Semakin Kuat - Ya apabila kita tengah berkobar-kobar berusaha untuk memajukan diri, pastinya ada yang memandang rendah dan memperkecilkan kebolehan kita. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak berusaha sebaliknya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya dan mencapai cita-cita kita.
  2. Sentiasa Berusaha - Untuk bejaya kita perlukan usaha dan usaha untuk mencapai satu kejayaan. Berpegang teguh dengan Man Jadda Wa Jada ~ Sesiapa Yang Berusaha Pasti Akan Berjaya dan Tidak kenal erti penat dan putus asa. Mempunyai sikap tidak pernah mengaku kalah untuk merialisasikan kejayaan dan impian kita.

  3. Sentiasa Mencari Peluang - Untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu sentiasa mencari peluang yang ada kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Bijak dalam mencari peluang dan ruang yang ada dan nampak peluang yang ada.

  4. Tidak Menyalahkan Keadaan - Dalam mencapai suatu kejayaan pastinya akan ada masanya kita gagal. Jangan jadikan kegagalan itu sebagai penghalang untuk terus berusaha kerana kegagalan itulah yang mengajar kita erti sebuah kejayaan di masa akan datang. Jadikan ia sebagai pengajaran dan ambil ia sebagai satu benda yang positif untuk kita perbaiki di masa akan datang.
  5. Bangun Apabila Jatuh - Inilah semangat yang sangat penting perlu ada dalam diri setiap individu yang ingin berjaya. Tidak kenal erti putus asa dan tidak takut dengan kegagalan. Kita perlu bangkit dari kegagalan dan tempuhinya dengan hati yang terbuka. Kegagalan ini adalah bukti yang kita telah berusaha untuk mencapai kejayaan. Belajar dari kesilapan kerana this is people call LIFE. Kan. Pengalaman mengajar erti kedewasaan. So, Never give-up.

Semoga bisness Syafiq menjadi megnet rezeki. Semoga dipermudahkan segala urusan Syafiq 
dalam menempuh dunia business. Last but not least, semoga maju jaya and good luck in everything. Now and forever. InsyaAllah. Amin. May Allah bless and ease everything. Amin.

Jom amalkan Tips/Doa Membuka Pintu Rezeki.

1. Banyakkan beristighfar

2. Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w.. 
Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..


3. Ayat Seribu Dinar


Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik. Baca sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”

4. Melazimi Surah Al-Waqiah - Setiap hari selepas Solat Subuh
5. Banyakkan bersedekah
6. Solat Sunat Dhuha 

Semoga bermanfaat. :D


Senarai Tagging Shad :

http://adna2029.blogspot.com | http://cuteandadorable-is-sugarmeow.blogspot.com
http://eatmakeread.blogspot.com | http://heartdairies.blogspot.com
http://amirahsafiee11.blogspot.com | http://www.arzmoha.com 
http://cikannesweetyncool.blogspot.com | http://izzeyda.blogspot.com
http://sakuraungu92.blogspot.com | http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com

http://hilasjejakakakibesi.blogspot.com| http://mama3farhanah.blogspot.com
http://sayazarulfarhana.blogspot.com | http://duniamrsrongoks.blogspot.com
http://hanaexotics.blogspot.com | http://puyibl.blogspot.com
http://yangbaik.blogspot.com | http://muhammadshahril97.blogspot.com
http://hajarashikin.blogspot.com | http://sweethotlovers.blogspot.com

http://norshamimi.blogspot.com | http://schamanking.blogspot.com
http://nazirahnyerr.blogspot.com | http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com
http://secrettales97.blogspot.com | http://loveneddy.blogspot.com
http://kasihlestariabadi.blogspot.com | http://sitiyangmenaip.blogspot.com
http://petikbunga.blogspot.com | http://celebrationofloveaa.blogspot.com

http://cikash.blogspot.com | http://wani-siulatbuku.blogspot.com
http://officalmissyana.blogspot.com | http://blogcikbelbel.blogspot.com
http://lissadblog.blogspot.com | http://jombercontest.blogspot.com
http://flawlesssakura.blogspot.com | http://aciknadzirah.blogspot.com
http://loveyoucontest.blogspot.com | http://www.cekgunorazimah.com

http://citeridopku.blogspot.com | http://firzanahazhar1.blogspot.com
http://congekcakdongput-ami.blogspot.com | http://drshikinzainal.blogspot.com
http://syidamenulis.blogspot.com | http://tiramisusweetsour.blogspot.com
http://umikasum.blogspot.com | http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com
http://qileh.blogspot.com | http://syaza-applemints.blogspot.com

http://ohresepiku.blogspot.com | http://www.ieyzartdsyahieyr92.my
http://twinkleeestar.blogspot.com | http://strawberrysgurls.blogspot.com
http://sfhbelog-taip.blogspot.com | http://kumahuitu.blogspot.com
http://www.dianarashid.com | http://www.azhafizah.com
http://ckecilberbicara.blogspot.com | http://sayasukala.blogspot.com

http://misssakuradiary.blogspot.com | http://shaheerashaheera.blogspot.com
http://lalazarryn.blogspot.com | http://awansayatasana.blogspot.com
http://syahiraceri.blogspot.com | http://nayfatimahrasyid.blogspot.com
http://cikcandysour.blogspot.com | http://www.rafzantomomi.com
http://hikayatleyha.blogspot.com | http://ijahoney.blogspot.com

http://belongtomee.blogspot.com | http://akukaudansesuatu.blogspot.com
http://memburucintamu.blogspot.com | http://norshafikahaf.blogspot.com
http://creamylittlediary.blogspot.com | http://belogkalerpurple.blogspot.com
http://cowament.blogspot.com | http://awansamudera.blogspot.com
http://budaksukavanilla.blogspot.com | http://seindahnostalgiasemalam.blogspot.com

http://cikjelita899.blogspot.com | http://narumihuda.blogspot.com
http://nazatul-nashya.blogspot.com | http://violetroslavender.blogspot.com
http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com | http://contestsukaaku.blogspot.com
http://mamadarwiish.blogspot.com  | http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com
http://tengkusyera.blogspot.com | http://shafyqahazahar.blogspot.com

http://almiraalwani.blogspot.com | http://hyesemua.blogspot.com
http://sayaanakbahari.blogspot.com | http://diarigiveawayliya.blogspot.com
http://uyoii.blogspot.com | http://www.fatindiana.com
http://lollista.blogspot.com |

My Social Sharing : 



Done follow all rules :D


CPUV #88 Nuffnang | Mi Sedaap Krispi Digital

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

Thank you for stepping by. Being a little bit bz here and there recently. Tapi tak tahulah
apa lah yang di bz kan sangat tu. And massive thanks again kepada Nuffnang sebab bagi
lagi CPUV untuk bulan ni. And a big hug and thank you so much goes to my lovely readers.

CPUV #88 Nuffnang | Mi Sedaap Krispi Digital


Kempen kali ni dari Mi Sedaap Krispi Digital.

Okkey, Mi Sedap sapa yang tak tau kan. 
Mungkin ada yang tak pernah rasa tapi maklum
tahu kan kalau sebut mi sedaap tu benda apa. Hoho. 
Adakah kempen kali ini ada kaitan dengan
kontes dekat page mi sedaap tu. Mi Seedap Hot Air Balloon Contest? 
Oh I dunno, coz the adds tak nak keluar-keluar pun lagi. 


more info, http://www.misedaap.com.my/

The next and next day, here there are. The campaign > Mi Sedaap Ayam Krispi
Kriuk.. Kriuk.. upenye.. Ni perisa baru kan.. Yang slalu iklan kat tv tu kan..
Huhu, whatever it is, kalau travel, this is benda wajib bawak dalam luggage..

ps: kepada anda yang join giveaway shad baru ni, dah umum dah pemenangya.
Lagi cepat anda tuntut hadiah lagi cepat proses pengeposan hadiah anda.
Baru 12 orang yang dah tuntut hadiah out of 21. InsyaAllah akan pos hadiah
dalam minggu ni jugak. So, bagi yg belum tuntut tu, jangan marah taw kalau lewat
pos hadiah anda. Hehehe. Pos batch pertama dulu ye.

Lima Perkara Unik Tentang Jepun

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum!

Credit image, FindYourJP

Lima Perkara Unik Tentang Jepun. Jika ditanya kepada mereka yang berkesempatan menyambung pelajaran di negara Jepun, mereka yang bekerja di Jepun, sudah semestinya Jepun dianggap sebagai rumah kedua bagi mereka, sehingga ada yang mengambil keputusan untuk bermastautin di sana. "Ya, saya sudah Jatuh Cinta dengan Negara Jepun." kata mereka. Yang sudah berkali-kali melancong ke Jepun juga mengatakan, tidak jemu untuk ke sana lagi. Inikan pula bagi yang pertama kali ingin menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu, pastinya cukup teruja. Ditambah pula dengan keunikan negaranya yang menjadi bualan ramai. Antara keunikan negara Jepun termasuklah;
  1. Budaya Positif.

    Siapa sahaja yang mengunjungi ke Jepun, sudah pasti akan berasa kagum dengan rakyatnya yang bersopan santun dan sangat menghormati orang luar,budayanya indah, kebersihan yang sangat dijaga, rajin membaca, disiplin dan yang paling penting mereka sangat-sangat mementingkan ketepatan masa. Berkunjung ke Jepun membuatkan hati terdetik dan seharusnya nilai positif dan peribadi murni rakyat jepun wajar dijadikan contoh dan perlu diserapkan dalam diri kita. Sangat mengagumkan apabila negara yang bukan Islam sebenarnya mengamalkan nilai-nilai Islam itu sendiri.

    Rakyatnya juga sangat berbangga dengan Bahasa Jepun. Lebih daripada 99% rakyat di negara Jepun bertutur menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa ibunda. Jika anda berpeluang melawat ke negara Jepun, anda akan berpeluang melihat sendiri nilai-nilai kesopanan yang ditonjolkan oleh rakyatnya. Mereka tidak menggunakan telefon semasa menggunakan pengangkutan awam, tidak makan dan minum ketika sedang bejalan sudah menjadi amalan rakyatnya, budi bahasa ketika berhubung antara satu dengan yang lain, kelakuan menundukkan kepala sebagai tanda menghormati seseorang apabila bertemu dengan orang lain dan banyak lagi.


  2. Bandar yang paling selamat di dunia.

    Beberapa minggu lepas Shad sempat usha-usha majalah langganan The Economist, yang telah mengeluarkan senarai 50 bandar paling selamat di dunia untuk tahun 2015. Bandar Tokyo yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk paling ramai dunia itu juga telah diiktiraf sebagai bandar paling selamat menurut 2015 Safe Cities Index by The Economist. Nampaknya tiada halangan lagi untuk melancong ke Jepun bukan. 

    1. Tokyo
    2. Singapore
    3. Osaka
    4. Stockholm
    5. Amsterdam

    Indeks, yang melihat kepada faktor keselamatan digital, keselamatan kesihatan, keselamatan infrastruktur dan keselamatan diri menunjukkan ibu negara Jepun mendahului Singapura kedua dan ketiga Osaka. Stockholm dan Amsterdam melengkapkan senarai lima teratas bandar-bandar yang paling selamat di dunia.

    Safe Cities Index 2015 is an Economist Intelligence Unit report. To read the full report and the complete Index ranking, click here

    Jadi, melancong ke tempat lahirnya ramai pahlawan samurai ini dah boleh rasa lega sedikit sebab negara selamat untuk pergi kan. Tapi apa-apa pun, apabila berada di negara orang semestinya keselamatan itu yang menjadi priority/keutamaan. Hujan emas di negara orang hujan baru di negara sendiri. Ye dak.

  3. Teknologi dan Kecanggihan yang Hebat dan Unik.

    Jika ingin melihat sesuatu yang mengagumkan, berteknologi, unik dan lain dari yang lain, negara Jepun lah tempatnya. Rakyatnya yang tidak mengenal erti penat dan putus asa itu sangat inovatif dan kreatif dalam mencipta sesuatu yang hebat. Sebut selipar mesti terbayang Selipar Jepun kan. Jap, selipar tu memang berasal dari Jepun eh. Huhu. Dan mungkin juga keunikan penciptaan benda canggih di Jepun ini mungkin akan membuatkan kita melopong sebab kagum. Satu, Japanese ‘washlet’ toilets yang sangat bersih dan canggih semestinya wajib dicuba. Patut ada di seluruh dunia ni. Dua, Anime dan Manga yang diketahui dunia itu, tempat lahirnya juga adalah Jepun. Ciptaan robot dari Jepun yang sangat cool dan canggih.

    robot canggih jepun
    credit image, www.wanista.com

    Lagi Uniknya Jepun dengan adanya Vending Machine yang pelbagai dan banyaknya di negara itu dari vending makanan, minuman hinggalah pakaian, alat elektronik semua. Antara vending yang ada termasuklah vending machine jual sayur, nasi, payung, kasut, t-shirt, bunga, sushi, makanan ringan, pampers (yeah, you read it right), sos bbq, pizza, buku teks, vending pembelian telur ayam dan banyak lagi. Perghh, banyak sangat kan. Risiko berlaku kecurian memanglah tak kan sebab rakyatnya yang sangat tinggi nilai murninya. Cuba bayangkan kalau kat Malaysia, agak-agak ada tak vending kena pecah. Hehehe. Dan jugak, mesti statistik rakyat Malaysia menganggur makin naik kan, bila dah kerja semua mesin yang buat kan.

    vending machine jepun
    credit image, www.wanista.com

    Selain itu, negara Jepun juga melangkah lebih maju dari negara lain dengan adanya Hotel Capsul. Canggih kan tempat tidur ni. Ia dicipta khas untuk kemudahan mereka yang dalam perjalanan jika ingin berehat seketika. Sangat unik kan.

    hotel capsul di jepun
    credit image, www.wanista.com
  4. Indahnya Bunga Sakura.

    Menjadi orang asing di negara asing membuatkan kita sangat menghayati keadaan sekeliling. Negara yang mempunyai empat musim itu sungguh indah dan mengasyikkan apabila tibanya musim bunga kerana dihiasi dengan keindahan Bunga Sakura (Cherry Blossom) yang menjadi kebanggaan negara Jepun. Istimewanya bunga ini, ia bergerak ke arah kepulauan utara bermula dari Okinawa, pulau yang terletak paling Selatan di negara Jepun (Sekitar Bulan Januari), kemudian bergerak ke Kyoto dan Tokyo (sekitar akhir Mac - awal April). Pola pergerakan arus mekarnya bunga sakura ini seterusnya menuju ke pulau Kyushu dan Shikoku (Pertengahan April). Fenomena aliran kembang bunga sakura yang istimewa ini seterusnya berakhir di pulau paling utara iaitu di Hokkaido (April- awal Mei). Sumber, Sakura di Jepun.

    sakura jepun
    Credit image, FindYourJP - YouTube

    Keunikan yang ada pada bunga ini menjadi fenomena kepada rakyatnya sehingga tercetusnya Pesta Melihat Sakura atau lebih dikenali sebagai Hanami. Apabila bunga ini kembang sepenuhnya, mereka akan berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan di taman untuk melihat keindahan bunga ini sambil bersantai dan berkelah di bawah pohon Sakura. Mengagumi keindahan alam ini dan seterusnya ia menjadi satu acara wajib tahunan bagi mereka. Selain Pesta Hanami ini, negara matahari terbit ini juga sangat kaya dengan pelbagai festival yang di sambut sepanjang tahun.


  5. Budaya Menundukkan Kepala sebagai Tanda Hormat dan Memakai Sandal di dalam Rumah

    Jika di Malaysia atau di kebanyakan negara, budaya berjabat tangan/ bersalaman apabila bertemu dengan seseorang sudah tidak asing lagi. Uniknya Jepun dengan cara sapaannya/ greetings iaitu dengan menyebutkan nama, kemudian membongkokkan badan sambil mengucapkan yoroshiku onegai shimasu. Selain itu, membongkokkan badan juga sebagai tanda meminta maaf di Jepun.

    Selain itu, orang Jepun juga tidak melahirkan rasa terima kasih dengan berjabat tangan. Biasanya mereka akan membongkkkkan badan, atau minimal menganggukkan kepala. Uniknya, ukuran besar-kecilnya rasa terima kasih orang Jepun boleh kita lihat dari bongkokan badannya. Semakin membongkok tandanya ia sangat berterima kasih. Anggukan kepala pula biasanya untuk ucapan terima kasih biasa. Uniknya alahai.

    uniknya jepun - bow

    Budaya memakai sandal di dalam rumah di Jepun juga merupakan sesuatu yang unik bukan. Setiap rumah di Jepun tersedia sandal rumah untuk di pakai di dalam rumah. Untuk ke tandas juga ada sandalnya yang lain. Di situ menunjukkan nilai yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun yang sangat mementingkan kebersihan
Selain itu, terdapat banyak lagi keunikan negara Jepun ini yang perlu diterokai. Kepulauan Negara Jepun yang mempunyai 3000 pulau-pulau kecil yang membentuk segugusan kepulauan itu sendiri sudah cukup unik. 73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m.  [Sumber - http://ms.wikipedia.org/wiki/Geografi_Jepun]. Banyak lagi sebenarnya keunikan negara ini. Ini tak cerita lagi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Tidak hairanlah kenapa ianya menjadi tarikan utama pelancong. Melancog ke Jepun memang harus ada dalam wishlist.

Entry ini ditulis khas untuk penyertaan "Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA" di blog http://ayaharif.blogspot.com/

Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Dunia Ini Hanya Sementara

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.
Salam Jumaat.

Sekadar renungan
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.


• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. 
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu 
menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita 
dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita.
 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, 
tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila 
duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang
 tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

-Reminder for you and me myself-

Review Novel Suamiku Paling Sweet

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

Minggu lepas shad sempat pergi cuci-cuci mata dekat Jitra Mall. Tak sah kalau tak singgah kedai I Love Novel tu. Dan bila dah singgah tu, memang wajib grab sebijik lah satu novel kat bawah ni ha. Ni lah novel pertama yang dibeli tahun ini. Perrggh, lama gila tak keluar shopping. 

novel suamiku paling sweet

Tajuk Novel : Suamiku Paling Sweet
Karya : Anjell Homosapien
Pages : 791
Harga Semenanjung : RM29
Sabah/Sarawak : RM32

Sinopsis Novel :

Suamiku Paling Sweet

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya
 jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh 
terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS 

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. 

Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ 

 “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA 

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu. Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. 

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Sumber, http://www.karyaseni.my/ 

Baca Bab Awal Novel Suamiku Paling Sweet

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10

11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20

21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 2728

Sumber, http://www.penulisan2u.my/tag/suamiku-paling-sweet/
Blog Penulis :
 http://anjellayan.blogspot.com/

Kalau anda nak baca karya-karya lain dari penulis, boleh terus pi terjah blog anjellayan ya.
Nak baca bab awal Suamiku Paling Sweet pun ada dekat her blog.

Review Novel Suamiku Paling Sweet dari Shad

Reason why Shad memang tak ragu-ragu nak keluarkan duit beli novel Suamiku Paling Sweet ni sebab sebelum ni Shad pernah baca Novel Eksperimen Cinta dari penulis yang sama, Anjell. Dan it is awesome. Best novel tu. And guest what, shad memang tak regret beli novel kedua penulis ni, Suamiku Paling Sweet. 

Sungguh memang sesuai dengat tajuk novelnya, memang sweet habis lah Si Izz tu. Baik, sweet, penyabar, romantik, penyayang, handsome semua lah ada. Cukup package untuk menjadi calon suami pilihan ramai. Watak Qisya dalam novel ni pun Shad suka, well remaja baru umur 22 tahun, kena paksa kawin dengan orang yang tak dicintai plus kawin disebabkan kena tangkap basah mestilah hangin, benci semua ada. Tapi Si Qisya ni pun penyayang jugak. Sebab ada Hafiy yang comel sangat. Watak-watak sampingan dalam novel ni menambahkan lagi perasa sweet dalam novel ni. Hafiy yang comel, Kimi yang sporting.

Kerana dia sweet, hati yang beku pun boleh cair. Itulah yang terjadi dekat Qisya, cair sebab sweet sangat Izz tu. Akhirnya, si Qisya ni dapat tahu satu rahsia yang selama ni Izz sorok. The end and Happy Ever After. Kena beli lah novel ni kalau nak tahu rahsia apakah itu.. Hehe. Kalau anda rasa novel Eksperimen Cinta tu worth to buy, Suamiku Paling Sweet ni pun worth to buy juga. Hehe.


Till then.

CPUV #89 Nuffnang | South Australia Tourism

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.
Jumaat Barakah.

CPUV #89 Nuffnang | South Australia Tourism


Wahh, travel and tourism campaign lah kali ni. Nampak je travel & tourism ni mula la
nak masuk lane verangan tak berkesudahan. Hehehe.

Kempen kali ni nak promosikan tempat-tempat best dekat Adelaide, South Australia.
Negara Beruang Koala and Kangaroo tu confirm2 lah kena masuk dalam wishlist jugak kan.


Here we goes, the appreciation. Massive thanks to Nuffnang for another awesome Cpuv and big thanks to readers. You make my life. Feel free to drop comment if you like me to isi tabung anda juga ya. Thanks again. :D

adelaide, south australia

Great Deals to Adelaide - South Australia

Menang L'arome Apple Stem Cell di Mamalynnthestoryteller

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

Akhir bulan lepas Shad ada join satu giveaway yang best amat. Hehe.
Giveaway ni menawarkan hadiah L'arome Apple Stem Cell uolls. Apa lagi, Shad terus join. 

Alhamdulillah. Thank you so much kepada Mama Lynn
sebab pilih shad sebagai pemenangnya..



Hadiahnya Mama Lynn dah pos dekat Shad awal bulan hari tu lagi. Ni baru sempat
nak up entry. Hehhe.. Shad hadiahkan serum ni dekat mak shad. Kemain hepy lagi mak.

Apa-apa pun, Shad ucapkan massive thank you dekat Mama Lynn sebab
dah memberikan satu langkah permulaan untuk my mom nak kasik slim gitu.

Ada yang berminat, boleh terus contact Kak Lynn ya.



Lynn Kamarul
Phone : 011-11646607
Blog : mamalynnthestoryteller.blogspot.com

Nantikan full entry review product L'arome Apple Stem Cell dari Shad dan my mom ya.
Till then, thank you for the visit...

Review Novel 7 Hari Mencintaiku

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

Semenjak dua tiga menjak ni, rajin pulak Shad nak membaca novel ni kan.
Rak buku kat rumah tu memang penuh dengan novel saja.
Dan semestinya, shad ada kesemua koleksi novel Siti Rosmizah sehinggalah
yang paling latest Curi-Curi Cinta (Novel ke-6) dan Cukup Derita Itu (Novel ke-7).
7 Hari Mencintaiku merupkakan novel ke-4 dari penulis.

7 hari mencintaiku novel

Tajuk Novel : 7 Hari Mencintaiku
Penulis : Siti Rosmizah
Terbitan : SR Publication
Bilangan Muka Surat : 1050 halaman
Harga : RM 32.90(S/M) , RM 35.90 (S/S)
ISBN: 978-967-5822-01-8


Sinopsis 7 Hari Mencintaiku :

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

=============================

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? 
Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi amanah aku harus menelannya, demi amanah aku harus terus bersabar..." 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buat dirinya. 

=============================

Review dari Shad :

Ya, novel dari penulis Siti Rosmizah ini memang tak pernah mengecewakan pembacanya. Dari awal hinggalah ke muka surat terakhir pembacaan dapat dirasakan seolah-olah kita berada dalam cerita tu. Again novel with full of surprise dan semestinya ada part meleleh air mata. Jalan cerita yang menarik mengisahkan perjalanan hidup seorang Khuzairi, lelaki yang saaangat baik, selalu mendahulukan kebajikan orang lain dari dirinya. Juga mengisahkan watak Mia Adriana, seorang perempuan yang sangat lepas laku, bongkak, sombong, suka menghina orang disebabkan dia sangatlah tak suka bergaul dengan orang yang tak setaraf dengan dia. Well, yes orang kaya lah katakan.

Tapi, hidup ni ibarat roda, sampai satu ketika yang kaya pun boleh jatuh muflis dan yang jahat pun boleh jadi baik dan sebaliknya. Hidup Mia berubah 180 darjah apabila papanya meninggal dunia dan dalam masa yang sama dia terheret di dalam sebuah perkahwinan di luar jangkaannya. Kerana amanah, Khuzairi rela dikahwinkan dengan Mia.

All of all, deep down in their heart, loving each other merupakan satu anugerah. And satu je, People change. And change for the better is not a crime though. Selami betapa beertinya seorang Mia Adriana di dalam hidup lelaki bernama Khuzairi. Dan betapa beruntungnya Mia Adriana dijodohkan dengan lelaki sebaik Khuzairi. Kisah hidup, suka-duka, marah-marah sayang, romantik dan pengajaran di dalam novel ni memang worth to read. Enjoy reading alls.

I'm giving, 9 out of 10 for the rating. Till then.



Tambang Murah Air Asia serendah RM29

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Ha, baru hari ni perasan Air Asia wat promo lagi..
Promosi Tambang Murah
Padahal dah seminggu lebih dah promo ni.



Booking Period : 23 February 2015 - 2 March 2015
Travel Period : 23 February 2015 - 30 June 2015

Spot from KL to Seoul di situ, RM399 jaa.. murahnyee... Ngaa..


Okkey, kalau ada yang nak travel tu, boleh la pi usha2 ye.. Last booking mlm ni da..

Mentor Legend 2015 Final | Download & Tonton Online

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

Mentor Legend 2015 Final | Download & Tonton Online

Okkey, rasanya dah seminggu tamat konsert Mentor ni ha.
Tahniah buat Azmil, protege kepada Dayang Nurfaizah kerana telah merangkul tempat pertama.

Senarai Peserta Finalis Mentor Legend 2014 TV3:

Azmil – Dayang Nur Faizah
Aina – Ella
Sarah – Amy Search

mentor legend final

  Rezeki buat Azmil. You know, markah Azmil malam tu, perrgghh..
Full marks dari juri profesional - 50/50
Full marks dari juri awam - 20/20 
Dasyat tak dasyat kan. Dia punya penghayatan time lagu solo tu, dasyat amat.
Menang tempat pertama siap dapat kereta lagi tu.
Apa-apa pun tahniah buat semua finalist.
Mentor Legend kali ni memang semuanya berbakat!

TONTON Online

Download/Muat Turun Di Sini
password, jika diperlukan – lAfq0tnf

Enjoy the show.. :D

February 2015 Lucky Reader

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

Thank you so much readers, viewers, and supporters. As well as haters.. Oppss. Here we goes, lucky readers for the month of February 2015. The name selected via top 10 commentators every month. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi singgah blog shad, dan tinggalkan banyak komen pulak tu. Start bulan lepas, Shad dah niat nak bagi something as a token of appreciation kepada readers blog shad. Here was the January Lucky Reader 2015.


February TOP 10 Commentators blog Shad. Massive thanks you all.
The lucky one selected via random name picker using Fruit Picker Machine goes to

Congratulation!
February 2015 Lucky Reader

Budak Vanilla


Sila e-mail/whatsapp detail nama, alamat and phone number dekat shad ye.
sitinorsharifah@gmail.com/ 013-4089328

CPUV Nuffnang 90 | MATRADE Brand Awareness

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

CPUV pertama bulan March 2015 from Nuffnang.
Thank you so very much kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan kempen-kempen dari Nuffnang ni. Tiadalah cpuv kalau tak ada anda
yang sudi view, read and comment my entry. Massive thanks to all. <3

CPUV Nuffnang 90 | MATRADE Brand Awareness


Kempen kali ini datangnya dari Matrade Brand. Kalau tak salah Shad, Matrade ni stand for
Malaysian External Trade Development Corporation - The National Trade Promotion Agency of Malaysia | Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia - Agensi Promosi Perdagangan Kebangsaan Malaysia. Kiranya agensi yang membantu tentang eksport-eksport lah ni kan.

matrade

Kalau nampak kempen ni tengah running, klik2 taw. Tq.
 More info, www.matrade.gov.my

Peringkat Akhir Hadiah Pakej Pelancongan Ke Jepun

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.
Konniciwa!

Peringkat Akhir Hadiah Pakej Pelancongan Ke Jepun

Entry ini merupakan entry penuh dengan keterujaan dan kesyukuran dan pengharapan.
Tudia. Entry penghargaan buat Japan Budget Trip.

Bermula dari bulan Januari 2015 yang lepas, JBT dan blog ayaharif.blogspot.com dengan berbesar hati telah menganjurkan kontes - Bonus Awal Tahun 2015 yang menawarkan hadiah hebat berupa pakej pelancongan ke Jepunoleh Japan Budget Trip. Alhamdulillah, dengan penuh keterujaannya Shad usha-usha senarai peserta dan pemenang untuk bulan Februari. Lafaz syukur diucapkan sebab terselit lagi sekali url blog aku-vs-dia-shadhira di situ dengan entry 5 Perkara Unik Tentang Jepun. Terima kasih banyak-banyak sebab memilih entry shad antara pemenangnya. Yeah, cakap bab-bab berjalan-jalan ni, rasanya semua orang pun teruja kan. Nak-nak ada yang nak menaja pakej pelancongan kita kan.

Japan Budget Trip



Massive thanks goes to readers yang mendoakan shad up till now. Wish me luck for next entry ya. Ada satu lagi entry yang perlu disiapkan untuk melayakkan diri untuk menang pakej pelancongan ke Jepun dengan JBT ni. Kalau ada rezeki, dapatlah fly ke Jepun, dan dapatlah buat another giveaway untuk uolls, my supportive readers. Hehe. Verangan tak sudah kan Shad ni.

Japan Budget Trip


Peringkat akhir yang mendebarkan. Entry masih dalam draf lagi. Entry seterusnya ini berkaitan dengan pakej pelancongan pilihan ke Jepun iaitu bersama JBT. Jika anda nak buat review berkenaan sesuatu pakej pelancongan, perkara penting yang patut diletakkan di dalam entry adalah apa ya. Sudi-sudikanlah mengutarakan idea dan pendapat anda dengan Shad ya. Appreciate it so much. Hehehe.. TQ so much to all. Dan terima kasih tak terhingga kepada yang mendoakan shad success. Syukron Jazilan..

For more detail, visit the site ya.


Entry berkaitan :

GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris

$
0
0

Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : https://www.facebook.com/Shadhira91
instagram id : shadhira_

Hadiah

1 x Set Safi Balqis White Trilogy yang merangkumi :

- 1 x Facial Cleanser
- 1 x Toner
- 1 x Serum
- 1 x Miracle Gel
- 1 x Day Cream
- 1 x Night Cream
- 1 x BB Cream

Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 

CPUV 91, 92 & 93 Nuffnang | March 2015

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.
Another awesome day with another campaign ongoing.

Thank you so much all for the visit.



CPUV 91 Nuffnang | 9 Seputeh CNY Video Merdeka

Blurr kejap kempen apakah ini. Hehe. Yeah, Chinese New Year there.
Video Merdeka? Merdeka lambat lagi kan.. Will update what's that soooonnn... :D

CPUV 92 Nuffnang | British Council Education

Ta dah bila ada kempen macam ni. Ni mesti ada exhibition ni. Betul tak.

Education UK exhibition 2015 | British Council


BRITISH COUNCIL EDUCATION

More info, http://www.britishcouncil.my/events/education-uk-exhibition-2015

CPUV 93 Nuffnang | MCMC : Klik Dengan Bijak

Ha, iklan yang ni dari MCMC @ SKMM. Kempen Klik dengan Bijak.

Kempen kesedaran awam keselamatan Internet yang bertemakan Klik Dengan Bijak ini bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab pengguna. Mesej kempen Klik Dengan Bijak adalah berteraskan prinsip - prinsip Rukun Negara yang dilihat merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan semua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip - prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dengan adanya kempen ini, diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam

mcmc klik dengan bijak

http://www.skmm.gov.my/Resources/eForm/Klik-Dengan-Bijak.aspx


Big thanks goes to Nuffnang
Massive thanks goes to my lovely readers.


Tambang Murah Air Asia Serendah RM299 ke Jepun, Perth, Korea

$
0
0
Greetings to all.
Another good story to traveler. Happy holiday to all.
Kalau ada yang bercadang nak travel tu, mohon cepat-cepatlah booking okkey.
Bila ada promosi ni kan, macam biasalah, limited. Siapa cepat dia dapat.

tiket murah air asia march 2015

Booking date : 9 March - 15 March 2015
Travel date : 12 March - 31 August 2015


Shad snipping tool harga tiket one-way KL- Japan dan KL- South Korea.
Economy Class and Business Class. Hehe.. Naik kelas ekonomi pun jadilah kan,
janji sampai dengan penjimatan yang berganda. Cewaah. 

tiket murah air asia kl-seoul

Depart and Return KL - INC dalam rm800 macam tu sahaja. Bagi Shad, 
ini memang peluang keemasan yang patut diambil. 
Murah kan. Grab cepat-cepat okkey.

Another one, KL- NRT. Pergi balik baru rm786 you all. 
Alahai, bersinar-sinar mata ni ha.
Murah kot. Boleh la pi usha2 bulan berapa anda nak fly ya.

kl- jepun tiket murah air asia

Grab now till it last. Cepat-cepat pi terjah ye.

Happy holiday all...

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

$
0
0
As-Salam

Joining another awesome giveaway by Sis Uzu.
Mana tau ada rezeki kita. Jom join sama jom. Let's together.

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015


ps: sticky post. scroll for new entry ^_^

Awesome Giveaway by FatinDiana

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all
Mood nak join giveaway dah datang dah..

Awesome Giveaway by FatinDiana


Klik Banner untuk Join

Hadiah:

Hadiah misteri x 1 
Topup RM5 x 2
Topup RM10 x 2
Cash RM20 x 1
Tudung plain AJ x sehelai
Shawl butterfly x sehelai
Tudung instant (sehelai) & tshirt (sehelai) x 1
Mini teddy bear x 1
Button badge x 1
1 botol Choco Rice x 2
Peppermint Shaklee bernilai RM45 x 1 botol

Tarikh tamat: 21th March 2015, 10pm

Good Luck to all!

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

$
0
0

Greeting and Assalamualaikum to all.
Marathon giveaway!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat - syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor

DiariJejakaHangat | Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain |

2. Wajib Like Fanpage Sponsor



3. Wajib Follow Instagram Sponsor


4. Tambah Google Plus Sponsor


5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.

Good Luck!!

CPUV 94, 95 & 96 Nuffnang | Digi | Brighter Smile & Sensodyne

$
0
0
Greeting and Assalamualaikum to all.

Dah jadi rutin harian pulak shad ni. Everyday shad mesti akan bukak website Nuffnang. Tujuan utamanya nak check earning semata-mata. Nak tengok ada CPUV baru ke tak. Nak usha2 nuffnanger. Apa-apa pun, terima kasih sangat-sangat kepada yang selalu singgah dan baca entry blog shad. Sungguh rasa macam blog tak berisi sangat pun. Have to work on it! Making my blog worth to follow and worth to read the entry.

Another CPUV ongoing for this  month. Thank Nuffnang for the trust build to my blog. Sangat appreciate that. Juas to inform that, you make my day! Berblogging dengan lebih happy for sure. And thanks for the request from reader considering 'What You Understand about CPUV'. InsyaAllah, will explain a bit about that soon in my next entry.

cpuv nuffnang

The another ongoing campaign, comes from Digi and that Brighter Smile tu mesti ubat gigi kan and Sensodyne Campaign. Bulan ni memang banyak CPUV Nuffnang bagi kan. Rata-rata blogger update banyak cpuv ongoing.


CPUV 94 Nuffnang | Digi Project Byte
CPUV 95 Nuffnang | Brighter Smile, Better Co..
CPUV 96 Nuffnang |  Sensodyne Campaign

Digi Project Byte


Nak tingkatkan earning CPUV ni, tips yang utama adalah dengan memperbanyakkan Unique Visit blog anda. Macamana nak up kan UV blog? Boleh dengan blogwalking dan tinggalkan link blog anda ke blog kawan2 lain, mesti diorang datang visit balik punye lah. Lagi, korang boleh buat giveaway, ha, kat situ confirm2 lah ramai yang datang singgah blog uolls. Another one is, make sure tiap2 hari korang update la at least satu entry. Hokkey. Itu je untuk hari ni. Moga bermanfaat.

Sudikanlah klik iklan nuff kat blog shad ye. Mention to klik back ur iklan Nuff ya. Thank you and have a nice day. And Massive Thanks to readers, followers and viewers for the visit.

Viewing all 868 articles
Browse latest View live


Latest Images