Quantcast
Channel: Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
Viewing all 868 articles
Browse latest View live

Ada Apa Dalam Handbag | Day 4

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all. 

Ada Apa dalam Handbag. Ohho, ini best. Thanks #jdtbloggingchallenge for the awesome idea. Sesi terjah ada apa di dalam bag! Lagi luas ruangan beg, lagi banyak nak sumbat kan. Woman lah macam ni. Sesetengahnyalah. Ada jugak yang jenis tak suka kelek handbag. Malas nak bawak sana sini. Smartphone and wallet masuk poket seluar/ baju. Siap. Done. And for a mother, kadang-kadang tu, handbag dialah ada segala macam barang baby. Pampers, bedak, botol susu, baju baby spare dan macam-macam lagi lah. Thank you to all mother out there. You are awesome. 

inside my handbag

For a single girl like me, yang bila datang keayuannya sometimes, baru ada handbag di sisi. Almost all the time memang malas nak bawak handbag. Kalau jalan jauh sikit baru bawak. Kalau setakat nak keluar pekan beli barang, memang bawak smartphone and wallet je. Siapa sama macam saya, sila senyum k. Hehe. Okey, jom tengok ada apa dalam handbag Shad.

identification

Wallet semestinya.
Identification Card, Driving License, Debit Card dan banyak lagi kad-kad yang memenuhkan ruangan dan ada duit sejuta sen of course. Haha.

Another small bag inside. Dalam ni Shad letak personal things. Ada BB Cream, Sunblock, CCO, Lipstick and small size perfume. Hand and Body Lotion. Ada UV protection. Kemestian bila keluar rumah. Boleh apply anytime bila perlu. Wangi tu dah confirm-confirm dah. 

makeup

Note book and a pen. Reading book. Perempuan, suka sumbat macam-macam dalam handbag kan. Fahamkan sajalah. A smartphone is a must, together with powerbank. Gula-gula. Tiada dalam gambar. This one, kalau nak keluar jalan jauh, memang Shad akan spare gula-gula. Hacks selalunya. Yang berangin gitu. Kasik segar sikit kan. 

Okey, rasanya, tu je lah kot yang ada dalam handbag Shad. Thank all for reading this short entry. 

6 Perkataan Menggambarkan Diri | Day 5

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

6 Perkataan Menggambarkan Diri | Day 5. Berjam-jam fikir, tapi entry ni still suci murni dari tadi. I'm stuck. Tak tau nak taip apa you. 6 words to describe myself eh? Dari segi apa nak describe ya. Luaran ka sifat? Anything should be okay right. This is my blog rite. Haha. Jomlah baca apa yang ada kat bawah ni. Mana tau, kita sama. High five dua kali.

Simple 
I always am. Segalanya simple. Pakaian simple, fikir pun benda simple, tak perlu nak complicated sangat. Jenis yang tak kisah sangat dengan pandangan pelik manusia. Contoh simple Shad, masuk pasaraya pakai track suit baju lusuh, tudung lusuh, tawaf satu pasaraya dengan muka innocent. Apa ada hal dengan pandangan pelik orang. Nak terjah tempat jual buah sayur je pun. Haha. Kalau pakai cenggituu, masuk kedai branded, tak pun kedai jual barang limited edition ke, memang wajar lah orang tengok pelik. Haha. Even so, benda tu tak mengganggu norma hidupku pun. Haha. Your eyes, that's yours. Hehe. Selagi mana pakaian itu menuntup aurat and decent, pakai je lah. Nasib baik ada common senses lagi, kalau tak dengan baju tidur corak bunga-bunga boleh sampai pasaraya. Haha.

Biru favourite color

Biru
Shad suka warna biru. Dulu kini dan akan datang. Maybe. Hehe. Birunya langit, birunya laut semua shad suka. Kalau nak beli apa-apa pun, mesti akan terpandang yang warna biru dulu. Biru gelap especially. Handbag biru. Wallet biru. Kasut biru. Phone case biru. Baju pun banyak warna biru. Skirt pun banyak biru jugak. Ahaaa, towel pun biru jugak lah. Sarung bantal? Pun biru. Waaah, tetiba macam "Aku ke yang pilih semua warna ni? Banyak warna biru lah." Sebab kadang-kadang tu, tak pernah pun set dalam minda nak ada/ beli/ guna warna favourite ni. Shad kan simple, guna je lah apa yang ada. Hehe. Kebetulan yang berulang-ulang ini dinamakan jodoh. Berjodoh dengan warna biru namanya. Hehe.

Tak Cerewet
I'm not a picky eater. Tak cerewet langsung bab makan. This is me. Makan saja apa yang ada di depan mata. Sedap ka tak sedap ka, semua shad makan. Asalkan makanan namanya. Just, maybe ada yang terlebih suka dan terkurang gemar je lah kot. Tapi semua boleh masuk tekak. Semua boleh masuk tekak tak berminat saya kuat makan. Haha. I am a small eater too. Jenis yang makan sikit. Bukan tak mau makan banyak sebab jaga badan or diet, tapi memang tak boleh makan banyak. Kalau makan lebih sikit, mulalah nak pening kepala, rasa sebu perut, rasa nak vomit lah. Macam-macam. Ni perut pulak jenis cerewet. Me is tak cerewet. Haha. Tapi bagus jugak. Maintain 39kg je sekarang. Ringannya shad!! Patutpun ramai cakap shad makin kurus. Dulu-dulu 45kg kot my berat badan. OK stop this topic. :) Next point please.

smile rilakuma

Suka Senyum
Mak shad selalu pesan, "Kalau jumpa orang, sama ada yang kita kenal ataupun tak kenal, maniskan muka. Senyum". Bukannya payah pun nak senyum. Cuba bayangkan, hanya dengan senyuman, boleh dapat kawan baru and people rasa comfortable being with us. Sebab senyum sahaja, a stranger becomes a friend. Sikit masa lagi, sebab senyum je, boleh dapat mak mertua pulak ka kan. Haha. Jauh kau berimaginasi shad oi. Orang yang suka senyum ni awet muda tau. Hehe.

Berdikari 
Since umur shad 13 tahun lagi, ayah dah hantar shad duduk asrama. Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5, dekat asrama puteri Maktab Mahmud Alor Star. Tingkatan 6, shad duduk rumah sewa dekat dengan Maahad. Still dalam Kedah lagi, tak lah rasa jauh sangat kan. Boleh balik rumah bila hujung minggu. Lepastu masuk Uni (USIM, Nilai), semestinya duduk asrama. Nilai - Jitra jauh tuu. Hee. Sebabkan dah biasa berjauhan dengan family, tak adalah rasa nak menangis. Dah besar kan. 19 tahun masa tu. Berjauhan dengan family dengan harapan nak menuntut ilmu. This time, memang kena berdiri di atas kaki sendiri. Semua benda, shad latih diri untuk buat sendiri. Sampai bila kita nak mengharap dan menempel kebaikan dari insan lain. Selalu is not good. Sometimes, it needs. Sebab yang namanya manusia, takkan boleh hidup seorang diri atas muka bumi ni. Alhamdulillah, segala cabaran dan ujian dapat tempuhi dengan penuh kesyukuran dan jayanya. Syukur dipertemukan dengan semua sahabat yang banyak membantu dan memahami. Thank you all. If anyone of you yang ada terbaca this entry, you know who you are. :) Thank you friends. So, lepas habis timeline pergi menuntut ilmu di tempat orang, umur 24 baru saya stay with my family. Sekarang dah 26. Isn't the right time untuk merantau ke tempat orang lagi? May Allah bless. Dialah sebaik-baik perancang.

Pendengar 
Jap, macam pelik sikit perkataan kat atas ni bila a word macam tu sahaja. I am a good listener. Ini yang nak bagitau sebenarnya. Saya seorang pendengar yang baik. Kalau nak luah perasaan, nak bercerita dan sudi nak share masalah, here I am. My ear are all yours. People said that, I seem to have the  counselor vibes. Ada aura pakar counseling. Hehe. Thank you for the compliments. But, diri ini pun tak habis lagi nak di kaunseling dan disekolahkan. Hoho. I can be a good listener, but don't really think that I can give a super duper good advices.

So, that's all a bit about me. Taip punya taip, panjang pulak entry ni. Nasib baik mintak 6 saja. Kalau 10 ka, boleh masuk pertandingan menulis essay. Thank you #jdtblogger for the segment. Meriah blog shad dengan #31daybloggingchallenge ni. Thank you yang sudi drop by, will visit you back dear readers.

Miss NO-Makeup Vs Makeup Girl | Day 6

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Miss NO-Makeup Vs Makeup Girl | Day 6. Hi, I'm back. Just a short entry for today. Perhaps. Hari ni shad nak cerita sedikit mengenai make-up. Yes, face paint. Jujurnya, I am not a make-up pro. Just know a bit. Need a lot of learning. Jujurnya lagi, sebenarnya shad tak pandai nak apply make-up pun. Lagi jujurnya, sebab shad seorang yang malas nak clean the mess (make-up yang tak jadi tadi tu, haha!). Malasnya nak cuci muka yang dah make-up. 

Oh kejap, nak selit sikit, maksud make-up. Make-up (noun) means, cosmetics such as lipstick or powder applied to the face, used to enhance or alter the appearance. Synonyms:cosmetics, maquillage; More: greasepaint, face paint.

Make-up

Things that you need to do make-up is rather abundant. Memang banyak pun cosmetic dan alatan make-up yang diperlukan untuk menconteng muka ni. Contohnya foundation, bedak asas, concealer, primers, eyeshadow palette, blusher, brush set, lipstick dan banyak lagi kalau nak disenaraikan. Pendapat shad tentang makeup? It is indeed beautiful after the touch up. Shad suka pandang orang yang pakai make-up. Nampak cantik. Subhanalllah. :) Make-up yang nampak natural tu terbaik! Kadang perlu jugak sebenarnya make-up ni. Contoh, esok nak pergi interview kerja idaman, tiba-tiba hari ni muka dah berbekas parut jerawat dua tiga tompok di muka. Yes, shad rasa memang perlunya apply make-up untuk tutup sedikit cela tu. First impressions tu penting kot. Appearance mestilah kena tip top. Dan boleh naik sikit rasa level self-confidence tu dengan face yang sedap mata memandang. Personal satisfaction punya jugak. 

Fake face? Ohho, jangan marah shad ya. Kita siapa nak judge the reason why people put on make-up. They spent their own money and time on that right. So jangan nak judge okey. Kalau kau tak suka make-up, tak payah nak buat pandangan sinis dekat orang yang suka pakai make-up. Sebenarnya kau jeles kan, tengok orang pakai make-up nampak cantik, tapi bila kau cuba-cuba nak pakai make-up, jadi buruk! Haha. Sorry for the word. 

Sorry for the long introduction. Terlebih excited pulak bila bercerita bab make-up ni. Sebenarnya, hari ni nak menyahut cabaran #31daybloggibgchallenge hari ke-6 dari #jdtblogger untuk upload gambar tanpa make-up dan muka after make-up. Yeah, previous memang berkoyan dah gambar muka shad yang bare face upload dekat blog. Hehe. Muka pakai make-up macam boleh kita dengan jari kot. Sikit amat. Sebab I don't have enough make-up tools and cosmetics to use. Hehe. Denial kau shad! Sebenarnya kau malas and tak pandai pakai make-up! Haha.

Miss NO-Makeup

No makeup

So, silalah tengok gambar Shad bare face and after make-up. Please jangan zoom okey. Muka tengah breakthrough ni, jerawat naik sebab stress. Also, maafkan my open pores. Dalam proses nak correction sama dia. And maafkan muka conteng yang dah jadi rupa orang lain. Omomo. 

Make-up Girl

Make-up girl

Gambar di atas Shad pakai produk apa?

Sunblock : Miracle Rice from Wr Natuwrels
Foundation : Chriszen Roller Moist Cream from Chriszen 
Powder : Shurah Compact Powder (Ivory)
Blusher : Bronze and Blush from Profusion
Lipstick : Golden Rose Velvet Matte (Code: 14)
Eyebrow Pencil Color Coffee (tak tau jenama apa)

Okey done entry challenge hari ni. Thank you all for dropping by. Appreciate comments from you. Will pay a visit back later on. Letak link blog korang ok. Nanti malam-malam sikit shad blogwalking.

Sekarang Sedang Buat Apa | Day 7

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Sekarang Sedang Buat Apa | Day 7. Happy lunch time all. Lunch apa tu? 😚😚 Hari ni dah masuk seminggu challenge dari #jdtblogger. Meriah blog shad hari-hari ada entry. Hari-hari uolls datang singgah. Thank you handsome and beautiful. Yes, anda yang tengah baca this entry lah. 😘

Challenge hari ni? Sekarang tengah buat apa? Jujurnya, tengah bersantai baring atas katil. Hehe. Baru siap main masak-masak tadi. Sayalah chef di dalam rumah mak ayah saya ni. Doakan tahun ni harap-harap ada lah harapan nak jadi chef dekat rumah orang lain pulak. Hehe. Hai handsome, Shad single. 😍😍 Hehe. Perigi cari timba dah tak relevant kan zaman sekarang ni. Hoho. 

Sayur hijau

Next activity, like usuals kerja graphic design kita lah. Macam biasa. Tapi rasa macam nak layan kdrama dulu kot. Ambik mood. Cari inspirasi. Anyone yang nak tempah header blog, boleh e-mail shad ya. sitinorsharifah@gmail.com. Harga InsyaAllah murah sahaja. RM20/design 😘😘

Artwork Shad


Cukup up 10 design. Kalau berminat, terus email Shad k. Prepare siap-siap, detail contohnya nama blog, URL blog, saiz header (jika ada), color apa nak letak, tema (contoh nak simple, colorful, black and white ka, feeling flower2 ka😉), dan lain-lain yang nak masuk dalam header. 

Okeylah. Jom nak pi lunch sat. Sat lagi kita sambung design.

Menu Hari Ini | Day 8

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Menu Hari Ini | Day 8. Happy lunch time all. Blogging challenge hari ni is to upload food you're eating right now. This is my very first entry about food this year. Rarely blogged about food actually. Tapi me suka makan nasik. Sehari mesti kena makan nasik jugak, walaupun sikit. Kalau tak makan, macam serba tak kena. Ada something's missing. Siapa sama, sila angguk. Hoho. 

Memandangkan sekarang waktu lunch time. So, shad upload 'my lunch meal for today'. Menu orang kampung sahaja. 

gulai Ikan Temenu kedah

Ada nasik semestinya.
Gulai Ikan Temenu campoq Bendi.
Ada Ikan bawal goreng. 
Dan everyday side dish, ayaq asam cabai.

Itu sahaja menu hari ni. Sebab hari ni macam kurang rajin sedikit. Itu sahajalah. Makan saja apa yang ada. Hehe. Janji ada ayaq asam cabai, memang bukak selera dah. Gulai Ikan Temenu tu memang antara menu yang selalu dimasak di rumah Hj.Shohimi dan Puan Rohaya. Orang Kedah, kalau tak kenal Gulai Ikan Temenu, bukan orang Kedah tuu. Hehe. Note that, Ikan Temenu is Ikan Kembung. 

Menu tengah hari

Nah resepi ayaq asam cabai simple versi Shad. Budak 10 tahun pun pandai buat ni. Hehe. 

Bahan-bahan:
Cabai Melaka/Cili hijau - 5,6,7 biji
Asam Jawa - tiga empat cubit
Belacan - dua tiga cubit
Garam - secubit
Air - sedikit

Cara nak buat:
Masuk je semua bahan tadi dalam mangkuk kecik. Kacau rata. Siap. Mudah saja. Hee. 

Okey done short entry for today. Menu lunch anda hari ni apa ya? Meh la sharing. Hehe. 😉😉 Thank you for reading.

Seseorang Yang Membanggakan | Day 9

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Seseorang Yang Membanggakan | Day 9. Good night all. Happy weekend and have a nice day. Today is the 9th day of the blogging challenge from jdtblogger. I am impressed of myself by doing this challenge coz I am still on the track. Hoyeayh. The timeline is not missing a single day. Yet. Hopefully can make it to the final day. The 31st day. More entry, coming soon. For today, I'm gonna talk about someone that I proud of. Just gonna be a short entry tonight. 

Seseorang Yang Shad Banggakan : My Father. Ayah Saya


Kasih ibu membawa ke Syurga. Kasih ayah bekorban apa saja. I am proud of my father. Thank you Allah for giving me a responsible father. A loving father. I bet, most of you will feel the same way like I did. Sebab apa shad cakap 'most' bukan 'all'? Yeayh, I am giving a consideration for those who don't feel like having 'a father'. Sorry, I am not being biased here. I'm not being prejudice too. I don't hate those yang bernama lelaki. But I hate lelaki yang tak bertanggungjawab. I have seen enough. So, that's a full stop on that topic, I might end up burning in angry if I continue the story. The rest is history.

Sambung topik utama kita malam ni. Saya bangga dan sayang Ayah saya. Ayah memang jarang nak tunjukkan kasih sayang melalui percakapan. But action speak louder that words right. Hari-hari ayah keluar mencari rezeki buat kita satu keluarga. Itu cara ayah tunjukkan kasih sayang. I love you ayah.

Saya bangga ada seorang ayah yang I can depend on. Yeah, I am a girl with so much clueless about things-that-almost-guy-good-at contohnya, about car. Like seriously, memang Shad tak pernah sentuh langsung components dekat bahagian enjin my cute Kelisa. Setakat tengok saja boleh lah. If someone said this "Perempuan, memang pandai bawak kereta saja..repair? kelaut! Habuk satu benda pun tak tau.. (with the jerky face ala ala sinis nak perlekeh) to my face, I will be like 'buat muka innocent'. Memang tak tau pun. Haha. Tapi guys, tak semua perempuan macam shad ye. Ramai je perempuan yang jadi mechanic. So, conclusion ayahlah yang akan tolong shad kalau bab kereta semua ni. He is good at repairing. Thank you ayah. 

Saya respect dan bangga dengan ayah saya. Sebab ayah saya bila azan, bila baca Quran, sura ayah sedap sangat. Thank you ayah, sebab ayah guru pertama yang mengajar along apa itu Alif, Ba, Ta. Terima kasih ayah, sebab ayah along pandai baca Quran. Subhanalllah. I will miss suara ayah forever. Can't imagine perasaan mereka yang dah kehilangan orang tersayang. Tabahlah duhai hati. Semoga Syurga buat ayah dan ibu kita semua. Amin. I am tearing. Emotional pulak malam-malam ni. Jadi, for those yang masih ada ayah dan mak, berbaktilah dan sayangilah mereka. 

Saya bangga dengan ayah saya sebab, ayah saya pandai bertukang. I am living in my lovely house yang ayah saya buat sendiri. I am landing on my katil, yang ayah saya buat sendiri. Ayah saya, ayah yang paling hebat di mata saya. He is good at everything in my eyes. You must feel the same way right. 

Terima kasih kepada semua yang bergelar ayah, bapa, papa, abi dan semuanya. Jasamu tiada ternilai. Kami sayang ayah. Kami bangga dengan ayah. May Allah bless. May Allah grant us Jannah. Thank you all for reading. Sorry if I make you tearing. Till then, see you tomorrow on next entry.

Single or Married? | Day 10

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Single or Married? | Day 10. I love this topic. Single. I am 26 years old and I am not alone in my single life. Hehe. I still have loving family and good friends beside me. Just, don't found Mr.Right je lagi. I am not brave enough to be like seperti 'perigi mencari timba'. Hehe. Tengoklah kalau agak-agak hujung tahun ni pun still tak ada bau-bau nasik minyak, mau jugak kena jadi perigi ni. Haha. Nampak terhegeh-hegeh sangat pulak tak? I'm not that desperate. Mehhh. But I do feel jealous sometimes. They have someone to talk to. They have someone to share things they like with. They have someone they can lean on. And the list goes down. Ohhoo. 

Flower girl

Tapi tak apa, I have my parents whom I love. Anak manja umur 26 years old. And I still have friends that cherish me. Hoho. You are in a denial mood Shad! Bila masuk bab 'mak cik sebelah rumah yang busy body tanya itu ini', memang kau akan pikir benda ni sampai tak lena tidur. What a complicated topic with so many people yang terover caring. Thank you for asking me 'bila nak kawen?', 'dah ada yang punya ka?'. Kalau mak cik ada calon yang baik budi pekertinya, solatnya pun terjaga, bertanggungjawab, hormat orang tua, ada sumber pendapatan, mai la recommend dekat saya seorang. 

Flower girl

And that moment will surely come at the right time, with the right person. Ikan di laut, Asam di darat, dalam periuk, bertemu jua. Ada jodoh, tak ke mana. Jika umur panjang. Amin. Not follow-the-flow but be-the-flow. Kita yang tentukan arah tuju perjalanan hidup kita. Try our best. InsyaAllah, ada jalannya. And, Allah is the best planner. Things happened for a reason right? 

Single girl

Single is simple. Double is trouble. Triple is terrible. Multiple is Miracle.

Why I am still single? Shad pernah up entry ni suatu ketika dulu. Couple years back. Nak recap? Kinda tak berapa nak rajin sangat. Hehe. Kalau sudi, boleh lah terjah entry ni, Why I'm still single. Point setahun dua yang lalu, still valid. Sebab, tahun ni pun still single lagi. Hehehe. 😉😉

Thank you all for reading this short entry. Are you single? Don't worry, you're not alone. I'm here. Hehe. Done, blogging challenge untuk day 10. Thank you jdtblogger for organizing the awesome challenge. 

My Empty Love Story | Day 11

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

My Empty Love Story | Day 11. Today is a fairytale. I am a Cinderella waiting for my prince. Hope that someday, we could be coincidentally bump into each other and get to know each other better. Dengan harapan, you are the right one for me. And I can be a part of your life too. So that, we can be the perfect two. Complete each other. Yeah, I am 26 years old and I'm still single. But that doesn't matters, coz I know He is the best planner. So for now, I am a Cinderella. Cinderella versi tak ada step sisters. Hehe.

Love story

Perfect Two

You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

'Cause you're the apple to my pie (pie)
You're the straw to my berry (berry)
You're the smoke to my high (high)
And you're the one I wanna marry (marry)

'Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

Love

Coz I doesn't even have any dating experience and love story to tell, I just can dedicate this lovely words expressing my feeling to you, the one that I don't know right now, perhaps maybe one fine day, we will grow old together. Thank you and please find me. For the rest of my life, I'll be with you, I'll stay by your side honest and true, 'Til the end of my time, I'll be loving you. For the rest of my life, through days and nights, I'll thank Allah for opening my eyes, now and forever I'll be there for you. InsyaAllah. 

Thank you all for reading. This is the 11st day of blogging challenge by jdtblogger. Coz I'm not married yet, I'm sorry for the empty love story. Till then. Have a nice day and happy single life for those who are still single. Barakah marriage life for married couple. May Allah bless us. Amin.

Pengalaman Seram Saya | Day 12

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Pengalaman Seram Saya | Day 12. This is my first time bercerita tentang pengalaman seram. Yeah, Shad seorang yang penakut. I am not brave enough kalau ada orang challenge nak test berani ke tidak kalau you need to stay alone in a haunted house atau tempat-tempat sunyi. Macam cerita Detik 12 Malam tu. Sungguhlah, bukan saja-saja nak pergi berhuhu sensorang. Hari ni nak cerita kejadian dan pengalaman yang boleh dikatakan seram jugaklah untuk shad. 


Kejadian ini berlaku pada tahun 2008 semasa Shad di tingkatan 5 di asrama Maahad. Kejadian ni dah lama, tapi masih segar lagi di ingatan. Suatu pagi (dalam jam 2 pagi if I'm not mistaken) di bilik study tingkat bawah, Shad dan kawan baik Shad, Ainin tengah sedang elok study. Sebab dah nak dekat ujian percubaan SPM. Memandangkan hujung minggu, bilik study tingkat bawah tu memang always open kalau ada yang nak stay-up. Menganjak ke pukul 12 tengah malam, seorang demi seorang penghuni asrama yang berada di dalam bilik study naik ke bilik masing-masing. Sehingga akhirnya tinggallah Shad dengan best friend Shad ni. 

Jam menganjak ke pukul 1 pagi. Mata kami segar lagi masa tu. So, kami decided untuk stay lebih lama di bilik study tingkat bawah. Sambil-sambil mentelaah pelajaran, sambil-sambil discussion, selang2 la dengan menyembang sekali. Hehe. Sebab I can't bear the silence for too long dengan waktu pagi buta macam tu. 

Jam menganjak ke pukul 2 pagi. Suasana ketika itu sangat hening. Sunyi dan sejuk. Tengah-tengah kesunyian itu, tiba-tiba dengan kuatnya terdengar suara anjing menyalak. Kuatnya salakan anjing tu bagai ia berada betul-betul di hadapan pintu bilik study tingkat bawah. Shad dan Ainin berpandangan sesama sendiri bagai menyatakan "Benda apa tu? Apa nak buat ni?" di dalam hati. Ya, Allah. Nasib baik pintu tu awal-awal lagi kami dah tutup. Bayangkan kalau pintu tak bertutup, I can't imagine what I will saw back then. Shad dengan kawan Shad dah muka pucat dah waktu tu. Terus kami tutup buku. Lepastu berada dalam mood silent and beku. Tutup mata lepastu letak kepala dekat meja (gaya macam orang tertidur time study tuu). Duduk senyap tak bersuara. Dalam hati baca ayat-ayat yang patut. Lama jugak rasanya 'anjing' itu menyalak. Sumpah bulu roma semua dah berdiri waktu tu. Seram sejuk tambah takut yang amat. Jantung tak payah cakap lah, terkejut tak habis lagi campur takut. Macam mana boleh ada 'anjing' pulak dalam kawasan asrama yang berpagar sekeliling. 


Dah agak lama, lepas dah tak dengar suara salakan tu. Kami pun siap-siap kemas apa yang patut. Rasa macam nak berlari naik ke bilik laju-laju. Dan memang itu yang berlaku. Berlari laju tapi tak keluarkan bunyi. Ainin bilik lain. Shad bilik lain masa tu. Dua-dua tak bercakap apa pasal kejadian tu. Terus kami masuk bilik masing-masing. Ambil selimut kelumbus satu badan. Mulut tak berhenti mengalunkan ayat-ayat yang ustazah ajar untuk menghalau perasaan yang bukan-bukan. Sehinggalah tertidur dan terjaga semasa azan Solat Subuh. 

Habis cerita. The rest is history. Satu kejadian. Ada lagi kejadian yang lebih seram. Biasalah bila duduk hostel ni kan. Memang tak lari dari kena ganggu dan budak kena histeria. And I'd been there when my roommate sendiri yang kena. Don't dare to flashback again the memory. Biarlah ia menjadi memori kami yang berada di suatu masa itu. Thank you all for reading. Maybe pada orang lain, macam tak ada apa sangat cerita-cerita seram ni. But, when there is you in that scary story, you will know the feeling. Perasaan seram sejuk itu. Till then. See you next entry.

10 Things I Like and Dislike | Day 13

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

10 Things that I Like and Dislike. It had been days since my last post. Internet tak hada, so tak boleh nak online. Hehe. So, jom selesaikan challenge untuk hari ke-13. Thank you JDTblogger for doing an awesome challenge. Now I have a list of the thing that I like and I dislike. 

10 Things that I Like

Biru and Purple
Anything yang ada color Biru and Purple, memang akan catch my attention. My favorite colors. Purple for Lavender. Blue for langit dan laut.


Reading
I have lots collection of Malay novel (most of all romantic genre) and lots of English PDF eBook. Mostly self-help and self-improvement genre. Some of my liking are Reclaim Your Heart (Yasmin Mogahed), Power of Positive Thinking, Mary the Exemplary Muslim Woman (Harun Yahya), Why Men Don't Listen and Woman Can't Read Map, Act Like a Lady, Think Like a Man and many more. 

Graphic Design
This is my passion. Most of the time that I spent during leisure, is about graphic design. I should take care of my eyes. Facing the laptop's screen for a long period of time will worsen the eyesight. After all, I am grateful that, I have something that I love to do. 

Kulit Sawa-Matang
Hoyeayh, for those handsome single guy with Sawa-Matang skin tone, I'm here waiting for you. Hehe. 

Pedas
Pedas baru best. Memang akan membuka selera Shad kalau ada rasa pedas dalam masakan. Kalau rasa plain ni, memang jarang makan nak bertambah. Confirm. 

Baking
Another thing yang Shad suka buat is baking. Rasa seronok je baking sebab ada orang yang nak tolong makan kek tu sambil cakap sedappp.. Hehe. Makan pujian betul kau Shad. Astaghfirullah. Tak baik buat sesuai sebab mengharap pujian. And the cake, tak boleh buat selalu, barang mahal kot sekarang ni. Hehe. 

KDrama
Hi KDrama lovers, another fan is here. Currently tengah layan KDrama Legend of the Blue Sea (cerita Ikan Duyung tuu) dan another one is Goblin (setakat ni, Goblin is my all time top 10 favourite Kdrama. Very recommended. Another 9 are DOTS, Kill Me Heal Me, My Love from Another Star, The Master's Sun, Oh My Ghost, Arang and the Magistrate, Moon Embrace the Sun, and more. Hard disk 1TB dah penuh dengan kdrama sahaja. Need a new hard disk. Sob sob. 

Kuih Seri Muka
The only 'kuih lembik' yang Shad suka ialah kuih seri Muka atau nama lain Pulut Sekaya. Kenal tak? Pulut di bawah, atas dia sekaya yang kaler hijau tu. Maaf penggunaan istilah 'kuih lembik' itu. Kuih-muih jenis talam dan seangkatan dengannya itulah yang Shad panggil kuih lembik. Haha. Suka makan kuih Pulut Sekaya ni, tapi sampai ke sudah tak pernah menjadi bila buat sekayanya. 

Aktiviti Lasak
Nampak ja macam ayu Shad ni, tapi Shad minat aktiviti lasak tau. Especially hiking and mount climbing. Luckily I am not afraid of height. Tak gayat. 


Snap Gambar Pemandangan
Banyak-banyak gambar dalam phone Shad, paling banyak gambar pemandangan, bunga dan tumbuh-tumbuhan. Uolls banyak gambar apa dalam phone? Selfie? Food? Ke sama dengan Shad. Gambar pemandangan, flora, fauna, langit. Subhanallah.


10 Things that I Dislike

Putih
Memang kurang gemar dengan warna ini. Sebabnya me is kulit tak cerah, memang mengelak untuk beli baju/tudung warna putih. Hampir tiada rasanya collection warna putih. Kain telekung berkecuali ye. Baju sekolah dan tudung sekolah dulu-dulu pun berkecuali. Avoiding warna cerah is me. Same concept applied in searching for Mr.Right. Hehe. Tak nak yang kulit putih. Haha. 

Talam Dua Muka
This is the most perangai manusia yang paling Shad tak suka. Hypocrite! Depan kita buat muka manis, belakang kita dicacinya. Habis dijaja satu kampung aib kita. Kuih Seri Muka yang tu Shad suka lah. 

Coffee
Selama 25 years, rasa boleh dibilang berapa cawan kopi yang dah pernah minum. Shad memang kurang gemar dengan minuman yang bernama Coffee. Mungkin bila dah bertambah umur sikit lagi, tersuka tak sengaja dengan Coffee pulak kan. Who knows. Dua benda Shad suka dari kopi. Satu, gula-gula Kopiko. Shad makan ja. Hehe. Dua, sabun badan Coffee bar (Scar Solution Body Bar). 

Add-Math
Maaf cikgu, saya memang tak boleh nak jatuh cinta dengan subject ni. Cikgu yang mengajar subject ni semuanya mengajar best. No doubt. Shad ada kawan lelaki yang I think he is dalam kumpulan mereka yang genius. Ahaaa. Bayangkan dia boleh dapat full marks in every Add Math's test. Kalau tak full marks pun, 99 marks. Remarkable! Unfortunately, I dislike Add Math. Kalau tak, dah lama fall in love dengan that classmate itu. Haha. Dislike Add Math but Like Math. 

Lipat Baju
Jangan contohi perbuatan malas Shad yang ni. Like seriously, memang dari dulu lagi Shad ni jenis pemalas nak melipat baju. Especially baju santai yang pakai hari-hari tu. Basuh lepastu hang. Sampai ke sudah duduk dekat hanger tu. Malas lipat sebab esok lusa nak ulang pakai balik baju tu. Nak pakai just ambik dekat hanger je. Jangan meniru aksi ini. Haha.


Binatang yang lembik lembut
Untuk kebanyakan binatang yang lembik dan lembut, shad memang tak suka dan geli. Nak contoh ka? Terbayang pun dah geli dah ni. Ulat, pacat, lintah, cicak. Memang musuh utama. Tak boleh tengok, mesti rasa meremang ja bulu roma. 

Make-up
Applying make-up masuk dalam benda yang Shad tak suka buat juga. I love make-up but I don't like applying make-up on my face. Heeee..

Jerawat
Really don't like this friend. I am 26 years old and kenapa jerawat nak berleluasa naik jugak. Jerawat ni banyak factor jugak kan sebenarnya. Hormone, persekitaran, tidur tak cukup, air minum kurang, stress, tuala tak bersih dan so many things yang boleh jadi penyebabnya. Tak kiralah kau pakai skincare harga seribu pun, kalau factor dalaman kau tak jaga shad. Hurmmm. Seddih.. 

Iron Baju
Disebabkan malas nak lipat baju yang bersangkut dengan hanger tadi tuu, so baju macam tak kedut sangat. Haha. Pemalas punya perempuan. So tak iron lah baju. Tapi kalau baju kedut seribu, memang hakak iron jugak baju tu. Macam shy shy cat je nak keluar dengan baju kedut seribu.

Touch Pad Mouse (Laptop)
Okey, tak suka guna touch pad mouse yang dekat laptop tu. Like seriously rasa tak puas nak buat kerja. Lagi suka guna wireless mouse. Lagi mudah kerja kot bagi Shad. Sebab dah lama guna mouse, bila mouse rosak memang jadi kekok nak guna touch pad mouse yang dekat laptop tu. Eh jap, betul ka istilah tu. Haha. 

Okey done 10 benda yang disukai dan tak disukai. Lama jugak menaip entry ni sebabnya macam blur tak tau benda apa yang suka, benda apa yang tak suka. Sebab me is jenis yang tak cerewet. Hehe. As long as benda tu tak memudaratkan, that is it. Just go on. Dan akhirnya, siap jugak entry ni. Well yes, manusia, citarasa tak sama. Barulah meriah dan bewarna-warni dunia ni kan. Thank you all for reading to the end. #31dayJDTbloggingchallenge

5 Barang Impian 2017 dari Lazada

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

5 Barang Impian 2017 dari Lazada. Zaman serba maju dan moden kini segalanya di hujung jari. Everything just a click as long as you have access to the Internet. Setuju tak? Dan membeli-belah tidak lagi menjadi satu kesulitan dengan adanya pilihan membeli-belah secara atas talian dan wujudnya banyak laman sesawang yang menawarkan aktiviti ini. Tidak perlu lagi untuk berhabis masa dan tenaga untuk keluar ke premis jualan. Effortless shopping orang cakap. Bagi anda yang gemar membeli-belah secara online, sudah pasti tidak ketinggalan untuk melawati laman membeli-belah ini apabila tibanya musim perayaan dan juga jualan besar-besaran untuk menikmati diskaun berganda. 

Salah satu laman sesawang yang menawarkan aktiviti membeli-belah secara atas talian ini ialah Lazada Malaysia. Lazada merupakan antara shopping site kegemaran Shad kerana service dan perkhidmatan dari Lazada tidak pernah mengecewakan. Selain itu, Lazada juga menawarkan pelbagai jenis kategori barangan dari barangan elektronik, home & living appliances, perabot, pakaian wanita dan lelaki, barangan kecantikan, sports and outdoor, gadget dan banyak lagi dari pelbagai jenama dengan kualiti terbaik. Dengan harga yang nyata lebih menjimatkan apabila Lazada Malaysia menawarkan jualan murah (sale) dan diskaun berganda sepanjang tahun bersempena perayaan di Malaysia sudah pasti dia menjadi tumpuan ramai termasuklah Shad sendiri. 

CNY Red Hot Sale

CNY Red Hot Sale

Pembukaan Tahun 2017 dimulakan dengan kemeriahan CNY Red Hot Sale dan keriangan membeli-belah di Lazada bersempena dengan Chinese New Year yang bakal disambut oleh kaum China tidak lama lagi. Bersempena dengan tahun baru 2017 ini juga, sudah semestinya setiap dari anda mempunyai sekurang-kurangnya satu barangan impian yang ingin dibeli bukan. "Tahun ni, aku nak kumpul duit nak beli mesin basuh baru", contohnya. Azam tahun baru gitu kan. Hehe. Jadi, jom tengok senarai 5 barang impian Shad dari Lazada untuk tahun 2017. Jumlah RM2017 untuk tahun 2017. Sound awesome right?

Notebook
Barang impian pertama Shad untuk tahun 2017 ialah Notebook a.k.a laptop versi saiz kecil. Memandangkan laptop yang sedia ada sudah agak teruk performance dan prestasinya, rasanya sudah tiba masanya untuk Shad tukar yang baru. Dah 6 tahun laptop lama berkhidmat sejak dari zaman universiti lagi. Kenapa notebook bukan laptop? Satu sebab saiz dan beratnya. Notebook saiz kecil ini sudah semestinya mempunyai berat yang lebih ringan dan nipis. Jadi, sangat sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Absolutely muat masuk dalam handbag Shad. Boleh bekerja bila-bila masa sahaja. Untuk hidup seorang penulis, blogger dan graphic designer, laptop merupakan satu nyawa untuk mencari rezeki. Every second is valuable right? 

Acer Aspire Switch One


Nama Produk: Acer Aspire Switch One SW1-011-155C 10.1 Laptop Grey (Z8300, 2GB, 32GB, Intel, W10)(Grey)
Price: RM 858.00

Memandangkan kegunaan notebook yang Shad idamkan ini untuk secondary use sahaja, untuk kerja-kerja menaip dan mereka grafik skala kecil, jadi Acer Aspire Switch One 10 Notebook menjadi pilihan Shad.
Acer Aspire Switch One
Bagi Shad, Acer Aspire Switch One 10 Notebook sangat bagus kerana ia bersifat multitask boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan. Ia boleh digunakan dengan empat cara dan keadaan. Tanggalkan screen dan gunakan sebagai tablet, sebagai laptop untuk mode kerja, pivot/putar it screen to share dan juga boleh flip/lipat screen untuk menonton movie. Great right? Dan ianya ringan (1.17kg) dan nipis (8.9mm in tablet mode), sesuai dibawa kemana sahaja pada bila-bila waktu. 

External Hard Disk
Walaupun zaman sekarang sudah maju dengan Cloud storage dan tempat penyimpanan data secara online tetapi external hard disk drive masih mempunyai tempat di dunia ini. Tempatnya di hati dan di sisi saya. Hehe. Untuk seorang penggemar dan pengumpul drama, hard disk memang menjadi satu keperluan untuk menyimpan semua video selepas memuat turun (download). Hard disk drive juga sudah pasti menjadi satu keperluan kepada individu (pelajar universiti dan pekerja contohnya) untuk menyimpan segala data, paperwork sebagai back-up (salinan) dan lain-lain simpanan peribadi.

HD710M
Hard disk drive (HDD) is describe as a rigid non-removable magnetic disk with a large data storage capacity. Ataupun boleh bayangkan ia sebagai thumb drive yang besar (a massive thumb drive). HDD digunakan untuk menyimpan data dengan kapasiti ruangan penyimpanan yang lebih besar, sebagai contoh 1TB, 2TB atau 3 TeraByte. Semakin banyak terabytes, semakin banyak ruangan penyimpanan. 

hard disk adata hd710m
Nama Produk: HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive Waterproof/ Dustproof/ Shockproof - AHD710M-1TU3-CCF
Price: RM 243.00

Ciri-ciri external hard disk terbaik perlu kita ketahui sebelum membuat pembelian. Design yang dicipta dengan ciri tahan lasak (shockproof), kalis air (waterproof) dan kalis habuk (dust proof) merupakan satu kelebihan. Kapasiti penyimpanan data lebih besar dengan harga yang berpatutan juga satu kemestian dalam pemilihan external hard disk. A-Data 1TB Hard Disk mempunyai ciri-ciri yang Shad cari. Designnya pun cantik dan menarik. Harga yang ditawarkan selepas diskaun dari Lazada juga sangat berpatutan.

Elliptical Bike
Barang ketiga yang Shad idamkan untuk tahun 2017 dari Lazada Malaysia ialah alat senaman Elliptical Bike untuk kegunaan di dalam rumah (indoor). Disebabkan kekangan kerja dan masa yang sangat terhad, penjagaan bentuk tubuh badan dan kesihatan diri sering terabai. Masa untuk ke gym atau keluar berjoging di taman boleh dikatakan hampir tiada disebabkan kesukaran dan masalah lain untuk sampai ke sana.

Berjoging atau berbasikal di laman rumah? Dengan keluasan dan tempat yang sangat limited, angan-angan nak berbasikal di laman rumah terkubur sejak sekian lama. Disebabkan masalah berbangkit ini, kenapa tidak kita adakan ruangan kecil untuk gym sendiri di dalam rumah? Satu keluarga boleh manfaatkannya pada bila-bila masa yang lapang. Mari membeli alat senaman! 

sport

Seperti yang semua sedia maklum, kesihatan yang baik itu satu anugerah terindah buat seorang individu. Dengan badan yang sihat, kita mampu bergerak, mampu berfikir dengan baik dan berkudrat untuk melakukan sesuatu perkara sebagai contoh mencari rezeki. Dan mendapatkan bentuk tubuh yang ideal itu menjadi impian semua insan termasuklah Shad sendiri. 

Elliptical Bike

Produk: Lexcon Magnetic Resistance Elliptical Cross Trainer with Hand Pulse
Price: RM 749.00

Bagi Shad, Elliptical Bike ini sangat bagus untuk membina otot dan membuang lemak berlebihan di dalam badan. Dan ia juga boleh dikatakan alatan senaman ringan dan tidak rumit. Satu keluarga Shad boleh guna alat ini. Mesti mak happy kalau ada alat ni di rumah. Dah hampir setahun mak Shad diet dan kurangkan nasi setiap kali waktu lunch dan dinner. Sanggup tu sebab nak dapatkan balik body shape yang ideal. "Kalau diet sahaja tapi senaman kurang, tak jadi jugak mak". Ini memang ayat Shad bila mak merungut berat badan dia tak menurun sangat. So, lepas ni kalau dah ada Elliptical Bike ni, besarlah harapan untuk kembali mendapatkan bentuk tubuh idaman. Azam tahun 2017. Hehe. 

Dual Drive OTG USB Flash Drive
Benda idaman Shad yang ke-empat untuk tahun 2017 ialah USB Flash Drive yang mempunyai fungsi dua arah iaitu untuk kegunaan Android dan Computers. Berkongsi gambar, video, music dan data lain dari smartphone ke komputer dan sebaliknya kini lebih mudah dengan adanya dual drive ini. 

sandisk ultra dual OTG drive

Nama Produk: SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB 
Price: RM63.00

Selain itu, SanDisk Ultra Dual Drive 64GB m3.0 OTG USB Flash Drive for Android and Computers ini juga mempunyai ruangan penyimpanan data yang sama seperti flash drive lain. Pelbagai pilihan saiz ruangan seperti 8Gb, 16Gb, 32Gb, 64Gb dan seterusnya. Dual drive untuk Android dan komputer ini juga sangat bagus digunakan untuk mengurangkan penggunaan memory di dalam smartphone dan juga boleh dijadikan sebagai back-up. Bagi Shad, paling best tentang Dual Drive ini, ia lebih memudahkan dari segi perkongsian maklumat antara smartphone dan komputer. 

Hand Mixer
Barang idalam ke-lima Shad dari Lazada ialah hand mixer. Actually, Shad suka baking. Especially kek coklat. Memang favourite Shad dan adik-adik. Kalau ada hand mixer ini, nyata lebih menjimatkan tenaga dan masa. Adunan kek pun lebih rata dan cantik. 

hand mixer pink murah lazada

Nama Produk: 7 Speed Pink Portable Baking Hand Mixer Bake Cake Biscuit
Price: RM32.40

Disebabkan sepupu Shad request nak chocolate cup cake untuk letak dalam goodies bag sempena wedding dia tak lama lagi, jadi Shad rasakan hand mixer ini antara barang penting untuk dibeli pada tahun 2017. Benda boleh guna lama selagi mana ia tak rosak. So, tak adalah rasa membazir sangat kan. Mana tahu, ada kawan-kawan terdekat yang nak buat tempahan cup cake juga nanti kan. Who knows. Wow, banyaknya kerja Shad buat kan. Disebabkan Shad suka baking, memang perlu ada satu hand mixer ni dekat dapur. 

Siap senarai lima(5) barang yang Shad idamkan untuk tahun 2017 ini dari Lazada. Barang idaman Shad ini mungkin menjadi barang keperluan anda juga dan mungkin juga antaranya menjadi antara barang yang patut dimiliki oleh semua pada tahun 2017 ini.

CNY Red Hot Sale

CNY Red Hot Sale

Bersempena dengan sambutan Chinese New Year tahun ini, Lazada Malaysia sedang mengadakan Jualan CNY Red Hot Sale. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun dan potongan harga dari Lazada. Lawati laman sesawang Lazada sekarang!

English Itu Mudah Belajar Grammar dalam BM | Book Review

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

English Itu Mudah. Panduan Lengkap Pelajari Grammar dalam Bahasa Melayu. Oh My English! Widely known that English is one of the International language. Pentingnya kita menguasai bahasa Inggeris ini kerana ia merupakan bahasa perantaraan yang paling utama dan banyak dituturkan di dunia selain bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Spanish, German dan lain-lain. Cuba bayangkan jika kita tersesat di tengah lautan manusia yang langsung tak faham bahasa ibunda kita, di sini pentingnya kita ambil peduli tentang bahasa perantaraan dunia ini supaya komunikasi dua hala dapat difahami.

buku english itu mudah

Menguasai sesuatu bahasa asing ini bukannya mudah. Even, bahasa pertuturan kita sendiri pun kadang-kadang penggunaan tata bahasanya masih ada yang salah kita gunakan. Kalau tak, takkan lah budak Melayu boleh fail subject BM kan. The rest is history. Hoho. Tak nak bercerita tentang itu. Dan sungguhpun menguasai bahasa asing itu banyak cabarannya, tetapi everything is possible right. Tak ada yang mustahil as long as you work hard for it. Paling penting sekali, bahasa ibunda bahasa kebanggaan kita. Dah mahir bahasa Inggeris nanti, tak payah nak menyombong sampai masuk kampung pun nak cakap omputih. Haha. Orang kampung pun pandai dah aisshh bahasa penjajah ni. Haha. 

buku english itu mudah

English Itu Mudah.
Panduan Lengkap Pelajari Grammar dalam Bahasa Melayu

Back to the topic. Hari ni Shad nak review satu buku yang boleh bantu kita mempelajari tata bahasa Bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Bagi Shad, nak belajar dan menguasai sesuatu bahasa asing, asasnya kita perlu tahu vocabulary (perkataan-word), grammar (tata bahasa) dan kemudian belajar membina ayat (sentence). Part yang paling susah sekali bagi Shad kalau bahasa Inggeris ni, tak lain tak bukan ialah grammar. Bayangkan, belajar berthun-tahun bahasa Inggeris ni dari darjah Satu sampai masuk U, Shad tak rasa yang Shad betul-betul confident dengan bahasa ni. Hehe. Apa-apa pun, buku English Itu Mudah InsyaAllah akan naikkan level kefahaman kita. 

Apa yang Best tentang buku English Itu Mudah

Penerangan dalam Bahasa Melayu
Kalau pergi bookstore, bahagian Language, memang ada banyak buku English grammar dan kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Istimewanya buku English Itu Mudah kerana ia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penyampaian maklumat. Belajar grammar English dalam Bahasa Melayu lebih memudahkan untuk kita baca, faham dan kuasai. Tak gitu. This is a really nice book for beginners. Very recommended. 

Padat dan Jelas
Buku English Itu Mudah boleh bantu kita menguasai grammar English dengan lebih mudah, cepat dan berkesan kerana isi kandungannya yang padat dan jelas. Ada 18 tajuk grammar (127 topik) yang meliputi semua grammar dalam English dijelaskan di dalam buku ini (129pages). 

english itu mudah

Menarik 
Bagi Shad, buku ini sangat menarik dengan penggunaan ilustrasi bewarna sepenuhnya yang boleh membantu kita untuk faham dengan lebih jelas. Sesuai untuk semua golongan umur yang tahu membaca. 

Berkesan
English Itu Mudah juga bagi Shad amat berkesan kerana ianya disampaikan secara ringkas beserta contoh iaitu ayat English beserta maksudnya dalam Bahasa Malaysia bagi memudahkan kita untuk memahami sesuatu topik.

grammar in malay

Kendiri
Dengan adanya buku English Itu Mudah, Panduan Lengkap Pelajari Grammar dalam Bahasa Melayu ini, kita mampu untuk belajar secara kendiri di rumah dan jimat masa. Untuk beginners contohnya, boleh mulakan dengan memahi grammar English dengan buku ini serba sedikit sebagai permulaan, dan jangan malu bertanya dengan mereka yang lebih tahu.

Efektif
Buku ini juga amat efektif untuk dipelajari dalam masa yang singkat kerana ia menggunakan pendekatan perbezaan warna bagi setiap patah perkataan. Colorful gitu sambil menarik minat kita untuk belajar.

belajar grammar english dalam bahasa melayu

Overall
Adanya buku English Itu Mudah merupakan peluang terbaik untuk anda yang ingin mempelajari, memperbaiki dan menguasai grammar English kerana ianya disampaikan sepenuhnya secara santai di dalam Bahasa Malaysia. Mudah, Cepat dan Berkesan. Very recommended. It is very useful to me and I hope it find useful to you too. 

Book Name: English Itu Mudah
Writer: Mohd Fadhil Hafriez Bin Abdul Muttalib 
ISBN 978-967-10287-0-4
Number of Pages: 129
Price: RM20(SM), RM23(SS)

Media Social Saya | Day 14

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Media Social Saya | Day 14. It had been week since my last post. So this is a comeback maybe. Will be updating couple of entry for the last minutes. So, here are my Social Media. Thank you all for the support. Thank you for following me. Kita bukan retis. Tapi berangan nak jadi blogger retis. Haha. 


Blogger: Shad

My pen name since last two year if I'm not mistaken. Sha macam dah ramai sangat kan. So, it is Shad for Sha Dhira San (my Facebook name masa first daftar account Fb tahun 2010). Then change the Fb name to Siti Norsharifah (the real name) lepas Mark buat syarat kena letak nama betul. Sigh! Dah kena sopan-santun di Fb. Haha. 

Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
Email: sitinorsharifah@gmail.com
Site: akuvsdiashadhira.blogspot.com

Blogged since 2010 kalau tak salah. It had been 6 years. Dah 6 tahun rupanya wujudnya blog akuvsdia ni. What a name? Serious URL yang tak membantu untuk orang ingat pun. Dah la panjang pulak tu. Tak commercial langsung. Dulu masa mula-mula buat blog, mana nak fikir semua benda ni pun. Pengajaran for all time, better buat a bit background reading before doing something. 

Facebook: facebook.com/shadhira91
Fb Page: https://www.facebook.com/Blog-Shad-158921214214392/


IG: instagram.com/shadhira_

So, this is my ig. Kalau sudi jemputlah follow. How I wish to have lots of follower. Hehe. Verangan tak sudah nak follower ramai ala-ala retis. Hehe. 

Doing what you love to do will bring happiness. And doing a good deeds to others will make someone smile. So does happiness. Comes along the way.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Thank you all for reading. 
Have a nice day.

Wallpaper Phone Saya | Day 15

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all. 

Wallpaper Phone Saya | Day 15. Aneyong haseyo. Selamat siang semuanya. Hari ni nak update blogging challenge day 15. Lot more to go. Tak tau sempat habis ke tidak challenge ni. Internet semput sangat ni. Sadis. Haha. A rest time maybe. Tak habis-habis kau nak rest shad oi. Tak cukup lagi ka 2 tahun kau rest. Melampau betul! Ok, enough with the babbling. 

wallpaper phone

Saya memang plain. Tengoklah wallpaper smartphone saya. Tak pernah rasa nak download wallpaper cantik-cantik letak. Gambar dalam Gallery phone pun, jarang sangat nak letak buat jadi wallpaper phone. Sejak beli phone ni, inilah wallpapernya. Tak bertukar lagi buat masa ni. 

Apa yang penting for me, function dia sahaja. Haha. Calling, texting, 'WhatsApp'ing, 'Facebook'ing, Blogging and surfing. Tunggu tahun depan baru tukar wallpaper agaknya. 

Apa yang ada dalam my lovely phone? Of course lots of PDF eBook. Remember that I mention on my previous entry? I love reading right? Hehe. What else? Lot's of picture of course. I love to capture image of flowers. Flora dan fauna gitu. Grin. 

Short entry of the day eh. Thank you all for reading. 
Have a nice day love.

List Nama Samaran | Day 16

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

List Nama Samaran | Day 16. Rasanya Shad tak ada sangat nama samaran. Sebab I am not a stalker. But I am a secret admirer. Hehe. Satu sahaja rasanya yang Shad selalu guna. Shadhira. Ada orang ingat ini nama real Shad tau. Rahsia terbongkar bila Shad tukar nama dekat Fb. Letak nama real Siti Norsharifah yang sebelumnya Sha Dhira San. 

Shadhira
Sebenarnya Shadhira ini gabungan dari dua nama. Sharifah dengan Nadhirah. Sharifah nama shad. Nadhirah nama adik shad. Maka terhasillah nama sha-dhira. Memang ada kawan-kawan dekat uni yang panggil shad dengan nama Shadhira @ Dira. But I do love people calling me Pah instead of Dira. Lagi mesra gitu rasanya. Dan memang ramai pun yang panggil nama Pah. Hehe. Rasa tak kemesraan itu bila panggil nama Pah? Hehe. 

shadee

Shadee
Ini nama pena shad untuk semua kerja-kerja design. Graphic Designer Shadee. Haa macam tu lah lebih kurang. 

Sasuke
Aha, ada satu lagi rasanya kalau tak salah shad. Pernah guna nama Sasuke (watak dalam anime Naruto). Tapi dah tak ingat guna dekat mana. Dah terkubur dah rasanya nama tu. Lama tak guna. 

So itu sahaja rasanya setakat yang Shad ingat untuk nama samaran. Kalau nak ikut nama panggilan, memang banyak nama. Family belah ayah panggil Shad, Along. Ada yang panggil Shipah. Family belah mak panggil Shad dengan nama Siti. Kawan-kawan pulak ramai panggil Pah, Ipah. Ada jugak yang panggil Sha, Dira, Shadhira, Shad. Banyak betul nama panggilan. Cuba kalau ada nama ringkas. Macam Izzah ka. Confirm semua orang panggil Izzah. Eh, nanti ada jugak yang panggil Zah kan? Hehe. Macam-macam. 

Tak kisahlah apa pun panggilan, janji ada makna yang baik. Lagi bagus kalau kita biasakan menyebut nama penuh seseorang. Barulah ada makna setiap panggilan itu. Contoh Sharifah. Maksudnya yang mulia. Kalau cut jadi Pah sahaja, sekadar panggilan sahajalah kan. 

Okeylah. Cukup lah membebel hari ni. Maaf entry kosong kurang berisi. Thank you for reading. Entry ini khas untuk jdtbloggingchallenge.

Kenangan Pahit | Day 17

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Kenangan Pahit | Day 17. Kejap nak on mood mengimbau kembali. Disebabkan I am a positif person kinda let bygone be bygone, so memang susah sikit nak flashback what is the worst thing that ever happened to me back then. Alhamdulillah. Thank you Allah sebab tak biarkan seorang Shad meratapi masa lampau. Thank you Allah sebab pinjamkan ketabahan dan kesabaran buat seorang Shad selama ini. Semoga ujian mendatang mampu ditempuhi dengan hati yang berlapang dada. 

Dalam Pahit Ada Manisnya

Ramadhan 2014
Tahun 2014 Allah hadiahkan ujian buat Shad sekeluarga. Alhamdulillah kesabaran seorang Shad, seorang kakak sulung mampu menempuhi tahap getir di bulan barakah, Ramadhan. Waktu tu ayah Shad kena stay dekat hospital sebab ada operation. Mak temankan ayah. Operation berjalan lancar. Masa-masa selepas operation itu yang getir. Seminggu mak dengan ayah dekat Hospital Alor Setar. Something don't seem right. Hospital Alor Star terpaksa hantar ayah Shad ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan lebih lanjut.

al-insyirah

Masa tu, adik Shad dua orang sekolah menengah (dua-dua lelaki). Jadi, mak seorang saja yang teman ayah. Shad dekat rumah, dengan adik-adik lagi 3 orang. Bayangkan waktu tu tengah bulan puasa, kita yang sebelum ni main celup-celup ja bangun sahur tolong mak masak, nak kena bangun every 4a.m untuk prepare meal. Bayangkan kalau tak terjaga, memang puasa tak bersahur lah jawabnya. Sebab shad kakak sulung, wajarlah shad yang bangun pagi kan. Alhamdulillah, mudah pulak terjaga. Budak laki dua orang yang liat nak bangun pagi tu pun, macam mudah pulak nak bangun. (Sebab shad garang Gila kat rumah) Haha. 

Part bangun sahur, alhamdulillah ok. Tapi sepanjang bulan Puasa tu, memang ada jugak masa-masa yang Shad menangis. Stress dan macam-macam lagi. Bila tinggal kami saja kat rumah, feeling terbuka tu rasa lain sangat. Semua macam tak berapa nak lalu makan. Macam tak ada selera sangat. Tapi memang gagahkan jugak suap. Masak berbuka memang masak jugak, tapi jarang sangat. Sebab macam masak tak sedap, tu yang macam tak lalu nak makan. Banyaknya beli lauk kat bazar Ramadhan. Terasa la sedap sikit. 

al-insyirah maksud

So itu sahajalah rasanya kenangan yang agak pahit tetapi manis di penghujungnya bagi Shad. Thank you Allah for giving me a tough heart. Shad tak anggap pun benda ini pahit dan bebanan, sebab ini ujian dari Allah untuk menguji setiap hambanya.

Kenangan Manis | Day 18

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Kenangan Manis | Day 18. Start the day with something sweet and end it with something sweeter. Yang indah manis itu memang kita semua suka. Tapi tak semua yang manis itu baik untuk kita. Dan tak semua yang pahit itu tak baik untuk kita. Apa-apa pun, ambil semua yang berlaku itu ke arah yang positif.

Kita kena ubah dari victim mindset kepada mastery mindset. Sebagai contoh, hari ini malang tak berbau, tiba-tiba kena ragut, duit habis kena kebas. Orang yang berfikiran victim mindset akan menyalahkan, mencaci, mengutuk si peragut. Salahkan diri kenapa tak hati-hati, kenapalah cuai, dan banyak lagi kenapa. Apa yang dapat? Sakit hati sendiri yang dapat. Tetapi lain pulak untuk mereka yang mengamalkan mastery mindset. Mereka berfikiran positif dan akan berfikir, ya mungkin duit yang dikebas itu bukan rezeki kita. Hilangnya duit yang dikebas itu mungkin untuk menyucikan harta atau dosa kita yang kita tak sedar kita buat sebelum ni. Dengan mastery mindset, hati pun terasa lapang. 

Okey, dah macam nak bagi motivasi pulak entry ni. Sebenarnya nak cerita kenangan manis-manis. Alhamdulillah untuk rasa gembira dan bahagia yang Allah pinjamkan buat kita. 


Manis Nombor 1
Dapat Grad dengan jayanya dan buatkan mak dan ayah happy dan berbangga dengan anak sulungnya ini. Saya kan anak manja mak dengan ayah. Hehe. Semoga manisnya rasa bahagia itu berterusan buat mak dan ayah dengan hadirnya kami adik beradik sebagai anak-anak yang soleh dan solehah. Amin. Mudah-mudahan. Terputusnya amalan seorang anak Adam kecuali tiga perkara. Sedekah Jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh. 

Manis Nombor 2
Dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik hati, memahami dan baik akhlaknya untuk bersama-sama dalam meniti liku-liku hidup seorang insan kerdil. Alhamdulillah. Terima kasih sahabat for being with me all this time. Terima kasih kerana anda pernah dan akan sentiasa hadir di dalam hidup seorang Shad. Thank you friends. You know who you are. 

korea 2013
korea 2013

Manis Nombor 3
Seoul, South Korea. Menghayati keindahan alam tanpa ada gangguan merupakan memori indah dan manis untuk dikenang selagi masih punya nafas. Siapa yang tak suka holiday kan? Dan jika berkesempatan dan ada rezeki suatu masa nanti, impian yang diharapkan oleh semua Muslim pastinya ialah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci tercapai. Subhanallah. Allahuakbar. 

Cukuplah tiga yang manis Shad coretkan di sini. Selebihnya biarlah ia terus menjadi rahsia daku selamanya. Acewah, gaya macam banyak sangat je ek? Hehe. Alhamdulillah, cukup untuk mewarnai hidup seorang insan. 

Thank you all for reading.

Gambar Tulisan Jawi | Day 19

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all.

Gambar Tulisan Jawi Day 19. Oh my handwriting. Seriously dah masuk 3 tahun rasanya tak menulis dalam Jawi ataupun Bahasa Arab. Ini betul-betul bukan cobaan. Dan my Arabic's words' handwriting fall under tulisan yang sederhana kurang cantik. Hehe. Janji bukan cakar ayam dan boleh dibaca dan difahami sudah. 

jawi

Alhamdulillah, thank you Allah jodohkan Shad untuk tahu dan kenal bahasa Syurga, Bahasa Quran ini di usia muda. Dan masih belum terlambat untuk kita belajar dan terus belajar untuk menguasai bahasa Quran ini. Selagi masih ada masa dan kesempatan waktu, manfaatkannya sebaik mungkin. Dan sungguhpun ada diantara kita yang sudah mahir membaca Al-Quran misalannya, kalau tak diamal tak ada gunanya juga. Agree or agree to disagree? Kalau yang dah lama tak pegang baca Quran tu, silalah buka dan baca ya. Pesanan untuk diri sendiri juga. Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Tempat Yang Ingin Dilawati | Day 20

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum.

Tempat Yang Ingin Dilawati | Day 20

Pulau Langkawi
Last time Shad pergi Langkawi kalau tak salah 15 tahun yang lalu. Teringinlah jugak nak pergi lagi sekali. Dulu kan tak ada cable car. Dulu tak ada akuaria. Part best is, nak menyoping chocolate banyak-banyak dekat Hj.Ismail Group sambil-sambil ushar pinggan mangkuk lelawa. 

Pulau 
Okey, Shad memang suka pantai. Rindu nak snorkeling lagi, kayaking, jungle trekking. How I wish I have a buddy to go and play around the places. Mungkin suatu masa nanti. Kalau pergi sensorang, kinda macam tak best je. I wish I have someone to talk and chit chat with during the activities. Tak kisah lah pulau memana pun kan.

pantai

Busan, Korea
Kena pecahkan tabung baru boleh nak pergi one more time. Hehe. Dulu masa pergi Korea, sempat jelajah Seoul sahaja and tak sempat nak menyoping sakan. Haha. Korea kan kaya dengan skincare product. InsyaAllah, kalau berkesempatan suatu masa nanti, boleh melawat lagi. I've got a buddy to accompany me. Hoyeayh! Actually I want to experience the snow. Hehe. 

Karambunai 
Asalkan ada pantai yang cantik, that's enough for me. I will be excited just to hear the word pantai. Anyone yang suka pantai? Kita sama. Hehe. Kalau boleh semua pulau nak jelajah.

laut

Makkah 
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Semoga dipermudahkan jalan untuk menziarah ke Makkah suatu masa nanti. InsyaAllah. 

Okey, cukup dulu 5 tempat yang nak pergi buat masa sekarang. Marilah kita menabung dan pecahkan tabung. Hehe.

Makanan Kegemaran | Day 21

$
0
0
Greetings and Assalamualaikum to all. 

Makanan Kegemaran Selain Makanan Melayu | Day 21. Saya orang kampung. Memang sudah terbiasa dengan makanan orang kampung dan makanan Melayu. Ada ayaq asam cabai, ada ulam, ada gulai, ada masak lemak cili api, ada nasik lemak dan banyak lagi. But, not to forget I live in this modern world right. Lot of food with the nama pelik-pelik. Hehe. Jom tengok makanan apa yang Shad suka. Mana tahu, kita ada same taste in meal? Right. 

laksa kedah
bibimbap

Bibimbap
Hoyeayh, this is one of my favourite. Kalau nak tahu Bibimbap is Korean food. Shad suka Bibimbap, sebab main ingredient dalam makanan ni adalah nasi of course. Dengan banyak sayur-sayuran digaul bersama. Letak telur mata sebiji. Lepastu makan dengan side dish ikan bilis goreng and kimchi. Memang sedap super duper. Hoyeayh! Nak nak lagi kalau makan Bibimbap dekat Korea. Memang feeling kenyang sangat. Haha. Melampau kan.

Bibimbap is a Korean dish. The word literally means "mixed rice". Bibimbap is served as a bowl of warm white rice topped with namul and gochujang, soy sauce, or doenjang. A raw or fried egg and sliced meat are common additions.

 Fettuccine Carbonara

Fettuccine Carbonara 
Been loving this kinda food recently. First time makan makanan susah nak sebut ni masa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Cousin yang masak. Best ada geng cousin pandai masak sedap. Almost all the time bila first time makan, terus jatuh suka. Kinda love this Fettuccini Carbonara sebab mudah nak sediakannya. Bahan-bahan pun simple, boleh dapat dekat pasaraya. So, it is a yes untuk makanan bila nak masak pantas dan boleh makan cepat. Hehe. 

 Spaghetti Meat Ball

Spaghetti Meat Ball
Shad mula jatuh suka dengan Spaghetti Meat Ball ni masa first time makan dekat hostel Akasia, USIM. Sebab apa sedap? Sebab chef in the room yang masak. Best bila dapat housemate dan kawan yang suka masak dan bila dia masak sedap pulak tu walaupun main campak-campak sahaja. Sebab mungkin makan ramai-ramai, meriah gitu kan. Terasa sedapnya. And yes, kami pakai rice cooker je untuk masak Spaghetti Meat Ball sedap tu. Dalam asrama kan tak boleh memasak. Tapi biasalah, geng budak degil. Peraturan untuk dilanggar! Hehe. Jangan tiru aksi ini ye. Kalau tak pandai sembunyi periuk nasik elektrik jangan buat k. 

Okey, cukup dulu senarai makanan yang Shad suka. Siapa ada selera yang sama dengan Shad? Kita geng. Yeah! Aha, satu lagi favorite Shad. Puding Triffle. Tak sure ini makanan Melayu ke makanan dari luar yang mendapat sentuhan Melayu. Hehe. But I love Puding Triffle. Wuhuu, sedapnya alahai.
Viewing all 868 articles
Browse latest View live